Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Ogos 04, 2011

Cakna Zakat

Sudah menjadi satu kewajipan kita untuk membayar zakat fitrah setiap tahun pada bulan puasa. Jadi aku dah google kadar zakat fitrah mengikut negeri untuk panduan. Masa anak dara lu bayar sendiri tapi sekarang ni dah menjadi tanggungjawab si suamilah pulak. Terengganu masih ada 3 kadar tapi bayar ikut nilai beras yang kita makan.
Kadar Zakat Fitrah 2011 Mengikut Negeri
  1. Johor RM 7.50/RM5.00 mengikut kadar yang dimaklumkan oleh Pusat Islam UTHM)
  2. Kedah RM 7.00 
  3. Kelantan RM 7.60
  4. Melaka RM 6.30
  5. Negeri Sembilan RM 6.50
  6. Pahang RM 7.30 
  7. Pulau Pinang RM 7.30 
  8. Perak RM 7.00
  9. Perlis RM 6.00 
  10. Selangor RM 7.00
  11. Terengganu RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
  12. Sabah RM7.70
  13. Sarawak RM 7.50
  14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya RM 5.20
Sumber Google

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:


Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri

Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan

Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera 
    zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah
    dosanya

Panduan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam UTHM

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor adalah WAJIB menunaikan zakat di NEGERI JOHOR. (nak kene bayar sini ek....??)
  •  Hendaklah dibayar kepada AMIL BERTAULIAH dan mempunyai kad kuasa dari MAINJ.
  • Pastikan mendapat resit rasmi MAINJ.
  • Digalakkan menunaikan zakat fitrah di AWAL RAMADHAN bagi membolehkan agihan kepada Faqir dan Miskin disempurnakan sebelum Hari Raya

Fadilat Puasa Bagi Kesihatan

Setiap hari Jumaat memanga da keluar benda ni tapi tak berkesempatan untuk letak sini. Tak pelah hari ini bukan hari jumaat pun nak jugak kongsi disini untuk bacaan kita bersama.


Allah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Para ilmuwan menganggap berpuasa sebagai fenomena yang penting dan semula jadi, di mana kehidupan yang sempurna dan kesihatan yang baik tidak dapat diperoleh tanpa berpuasa. Apabila seseorang atau bahkan seekor haiwan tidak berpuasa, maka ia akan terjangkit berbagai macam penyakit. Mc-Fadon, seorang ahli kesihatan Amerika, menyatakan:


"Setiap orang perlu berpuasa, kerana kalau tidak berpuasa maka ia akan sakit. Sebab racun makanan berkumpul dalam tubuh dan membuatnya seperti orang sakit, memberatkan tubuhnya, dan mengurangkan vitalitinya.


"Apabila ia berpuasa, maka berat badannya menurun, dan racun-racun terurai daripada tubuhnya dan keluar, sehingga tubuhnya menjadi bersih secara sempurna dan sel-sel kembali baik".

Menurut kajiannya, di antara manfaat kesihatan daripada berpuasa ialah:

  • Merehatkan tubuh dan memperbaiki saraf.
  • Menyerap zat-zat yang mengendap di usus. Pengendapan dalam jangka waktu yang lama mengakibatkan perubahan endapan itu menjadi kotoran yang beracun.
  • Memperbaiki fungsi pencernaan dan penyerapan.
  • Mengembalikan virtaliti organ pembuangan, dan memperbaiki fungsinya untuk membersihkan tubuh, yang mengakibatkan terkawalnya kestabilan dalam darah dan berbagai cairan dalam tubuh.
  • Mengurai zat-zat yang berlebihan dan endapan di dalam jaringan yang sakit.
  • Mengembalikan keremajaan dan vitaliti sel-sel serta berbagai jaringan dalam tubuh.
  • Menguatkan indera dan meningkatkan IQ.
  • Memperelok dan membersihkan kulit.
Alexis Carrel, pemenang hadiah nobel di bidang kedoktoran, dalam bukunya Man the Unknown menyatakan:

"Banyaknya bahan makanan dapat melemahkan fungsi organ, dan itu merupakan faktor yang besar bagi berdiamnya jenis-jenis virus dalam tubuh.

"Fungsi tersebut adalah fungsi adaptasi terhadap bahan makanan yang sedikit. Gula pada jantung bergerak, dan bergerak pula lemak yang tersimpan dalam kulit.


"Semua organ tubuh mengeluarkan zat khususnya untuk mempertahankan keseimbangan dalaman dan kesihatan jantung. Berpuasa benar-benar memberikan dan pengganti jaringan tubuh kita".


Allah berfirman yang bermaksud:

”Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (Surah al-Baqarah: ayat 185).

Sementara Prof. Nicko Lev dalam bukunya, Hungry for Healthy menyatakan:

"Setiap orang mesti berpuasa dengan berpantang makan selama empat minggu setiap tahun, agar ia memperoleh kesihatan yang sempurna sepanjang hidupnya".

Seterusnya, menurut penelitian beliau, mukjizat penepatan waktu berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, adalah dengan tidak berlebihan saat berbuka puasa. Penelitian ilmiah membuktikan bahawa jarak waktu yang tepat untuk berpuasa adalah antara 12 hingga 18 jam. Selepas itu, simpanan gula dalam tubuh mulai terurai.


Dreanik dan kawan-kawannya, pada tahun 1964, mencatat sejumlah penyakit komplikasi kritis akibat berpuasa lebih dari 31 hari. Di sini nampak jelas mukjizat Nabi SAW dalam larangan berpuasa bersambung (tidak termasuk puasa sunat Syawal).

Di samping itu, penelitian ilmiah membuktikan kepentingan makan sahur dan berbuka adalah untuk membekalkan tubuh dengan zat asam lemak dan amino, tanpa kedua zat ini, lemak dalam tubuh kita akan terurai dalam jumlah besar, sehingga mengakibatkan sirosis pada hati, dan menimbulkan berbagai bahaya besar bagi tubuh.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Umatku akan tetap dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." (riwayat Ahmad)


Mengenai bersahur (makan sahur), Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bersahurlah kamu sekalian, kerana bersahur itu ada keberkatannya.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Waktu bersahur itu selepas pertengahan malam sampai menjelang terbit fajar (waktu Subuh).Manakala menyegerakan berbuka, iaitu setelah mengetahui waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdoa sewaktu berbuka dan sepanjang melaksanakan puasa. Dari Abdullah bin Amr bin As r.a, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi orang yang sedang berpuasa, saat berbuka doanya tidak ditolak". (riwayat Ibnu Majah).


Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ada tiga doa yang tidak akan ditolak Allah, orang yang berpuasa sampai ia berbuka, imam (pemimpin) yang adil dan orang yang teraniaya". (riwayat Tirmizi).

Adapun doa saat berbuka yang bermaksud:

"Telah hilang haus dan telah basah tenggorakan, dan telah tetap pahala insya-Allah". (riwayat Tirmizi).


Oleh Ibrahim Abdullah
Sudut Agama, Utusan Malaysia 15/9/09



Rabu, Ogos 03, 2011

Kecik Lagi dah Kene Tipu....



Kesian kan...., Apanya yang kene tipu dan apanya yang kesian ni.... Sebenarnya dari hari sabtu lagi nak buat entry ni tapi disebabkan pada hujung minggu hari tu aku usung kerja buat balik rumah jadinya tak sempatlah nak berblog ni..

Sebenarnya nak cerita tentang baby yang dibagi puting tiruan/puting kosing. Kesiankan kecik lagi dah kene tipu baby tu dibagi puting kosong je... penat dia hisap tapi tak ada susu keluar. Kan menipu namanya tu... Kami dari anak pertama memang tak pernah ajar anak guna pting kosong ni.... Bukan saja kesian tipu baby tetapi macam tak cantik je kan...??

Tapi petang jumaat hari tu masa ambil Nurin di taska terkejut aku bila tengok dimulut Nurin tersembul dengan puting itu.... Memang kami terkejut dan yang tukang jaga pun terkejut juga. Terus dia cakap Nurin buat main tak tersedar masuk kan dalam mulut... Buat Main??? Pandai betullah si Nurin tu ambil puting tu kan.... rawanya Nurin baru boleh pusing2 setempat dalam posisi tiarap je... macam mana boleh ye ambil puting tu...??? Belum sempat nak tanya selanjutnya dia dah beredar. Tak pelah pikir positif jelah anak kami memang buat main dan masukkan dalam mulut.

Tapi hari Selasa hari tu aku cakap jugak supaya jangan bagi Nurin buat main puting tu takut dimasukkan dalam mulut. Pengasuh tu mintak maaf. Tapikan dari hari tu aku perasan si Nurin ni asyik hisap bibir dia je... macam tengah nyoyok puting je.... Ada kemungkinan tak yang jaga tak nak baby menangis dia org kasi je puting kosong suruh diam??? Sebab si Nurin memang kuat menangis sebab tak nak duduk bawah nak dipegang je....


Macam Ne Nak Buat Solid Food Untuk Baby


Imej google, cantikkan warnanya.... aku pun macam terliur nak makan ni.... macam sedap je... (maklumlah tengah berpuasa...)

Al-hamdulillah lagi 7 hari Nurin akan masuk 6 bulan dan nampaknya target Ekslusif BF untuk 6 bulan hampir berjaya. Alhamdulillah syukur kepadaNya yang mempermudahkan segala urusan. Rasa seronok sangat.... dan terima kasih banyak2 kepada suami ku yang bukan sahaja memberi sokongan moral tetapi membantu dalam segala hal menguruskan rumah tangga. Aku bersyukur kerana diutuskan mu untuk ku.... Al-hamdulillah.

Sempena nak masuk 6 bulan ni, dah nampak ciri-ciri Nurin nak makan, dan aku pun dah gooogle juga untuk mencari maklumat tentang solid food yang terbaik untuk disediakan untuk Nurin nanti. Antara maklumat yang aku tertarik adalah seperti di bawah....

Day 1-3: air kanji nasi

Ambil air nasi yg mendidih tu, bagi minum guna sudu (sikit je..dalam 4 5 sudu). Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby
Day 4-7 : bubur nasi
Day 8-11 : bubur nasi + kentang
Day 12- 15 : bubur nasi + carrot
Day 16-19: bubur nasi +bayam
Day 20- 23: bubur nasi + bilis
Day 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Day 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis

*bila dah 7 bulan keatas korg bole bagi segala jenis puri.Puri kentang,brokoli,carrot,bayam,betik,epal.

Tips:

Beras pun dinasihatkan blend kering.supaya masak nanti senang.
Ikan bilis goreng tanpa minyak,rendam lama sikit bagi hilang masin,blend kering sampai halus.
Those yg breastfeed,leh campurkan sikit susu ibu ke dalam bubur yg sudah dimasak
No garam and gula for baby under 1 year!!
Some of them kata nestum xelok sgt utk babies.Sbb ada bahan pengawet,tak bagus untuk tumbesaran baby.


 dan ini lak aku mintak dari kawan sesekolah Teknik Kuala Terngganu lu.... Ainul namanya.....

Hihih ani senang je x pyh resepi2...rebus & blend je broccoli, kentang, carrot, keledek, epal : letak dlm bekas kiub bertutup / sy letak dlm plastik kecik2 je...ayam & ikan pun rebus & tumbuk, then buat bulat2 jd fishball...beras basuh & goreng tanpa minyak, blend halus utk bb 6 bln...


Mula2 intro bb food bg bubur putih dulu 2-3 hr, epal, keledek, after seminggu blh laa campur2...

Masak beras blend, keluarkn fishball/ chickenball campur kentang/brokoli/carrot...tukar2 laa campuran tu...sesekali bg daun seleri tumbuk & ceri tomato lenyek pun best, wangi & sedap...bayam, labu, pear pun blh :)..

4 hours agoSent from a PhoneMamaMegat PuteriBeras nk blend tu, tgk laa..blend halus utk 6-8 bln, lps tu kurangkan thp kehalusan beras...aira dh setahun mkn nasi & kari hihihBut ingat no sugar no salt for babies sampai 12 bln, lps tu ok :).. 
 
 

Isnin, Ogos 01, 2011

Salam Ramadhan


Salam ceria di pagi yang penuh dengan keberkatan di bulan Ramadhan. Semoga kita semua dibukakan pintu rahmat dan diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat kepada yang Nya. Insyallah.

Kat taman hari ni sunyi je.... kebanyakan jiran2 sebelah menyebelah semuanya balik ke rumah keluarga. Maklumlah semuanya orang dekat2 je... aku...??? bersabar ajelah nanti nak raya baru balik berbuka puasa dengan keluarga kat kampung.. Tak sabarnya.... nak balik.... bukan sebab nak beraya tetapi nak jumpa dengan anak sedara baru.... baru je dilahirkan jam 6 pagi tadi. Tahniah adikku semoga menjadi ibu yang baik. 

Hari pertama puasa ni nak masak apa yek untuk buka. Biasanya masak special sikit. Maklumlah hari ni cutikan... Kalau dulu zaman kanak2 selalunya hari pertama puaasa ni arwah ayah beli tulang dan mek akan masak sup tulang... emn....sedapnya.... Tapi yang pastinya pencuci mulut yang aku nak buat hari ni adalah kuih kegemaran abang lah apa lagi kalau tak puding gula hangus....


Rabu, Julai 27, 2011

T!DUr... "v"

Dipetik dari email yang dikirimkan oleh kawan2 untuk perkongsian ilmu kita bersama. Semoga ia menjadi amalan dalam kehidupan kita Insyallah.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

  • Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  • Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?  Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
  • Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
  • Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  •  Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
  • Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  • Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.


Semoga menjadi panduan hidup untuk kita semua.

DAN Tidur Nurin.....
Tidur bergaya sambil berfikir ni.....

Ni plak ntah apa gaya dah.... Dah tak boleh nak bagi bantal dah kejap je pastu mcm tu lah....



Rabu, Julai 20, 2011

Logo Halal.... Sejauhmana Keyakinan Anda !

UTHM akan menganjurkan kursus tersebut di atas pada 23 Julai 2011 ni. Baru aku berangan nak pergi sebab aku belum pergi kursus lagi untuk tahun ni. Tapi rupenye hari sabtu lah plak... kirim salam je lah.... Macam mana ni nak capai 40 jam tu... huhuhu sadis betulkan...??

Sebut tentang logo Halal ni setakat ini aku n my family cuma akan ambil yang logo Halal JAKIM atau yg diiktiraf oleh JAKIM je. Contohnya seperti yg kat gambar ni..



Adeeb pun sekarang ni dah pandai kalau nak beli makanan ye akan cari tanda Halal nya. Kalau kita tanya pun dia akan tunjukkan logo Halal tersebut. Tapi kekadang tu sebab nak jugak benda alah yang kita tak kasi tu sebab tanda Halalnya meragukan tak dikira ambil jugak... huh... macam mana lah ek kita nak didik anak2 ni tentang pemakanan yang baik ni. Tu lah ustaz cakap tak mustahil sebenarnya kita dah macam makan seekor cik B*** kan. Mintak2 dijauhkan yek...


Isnin, Julai 18, 2011

Macam Pelakon Filem Korea Tak Saya....

Sebelum......

 Pandangan Hadapan

 Pandangan Sisi

Selepas...

Pandangan Hadapan


Pandangan Sisi

Bagus ni kalau potong rambut, duk diam je... tak de nak melalak-lalak...


Seronok Pergi Jenjalan... Yang Tak Seronoknya Lepastu...

Apa yang tak seronoknya tu....  Apa lagi kalau tak kene basuh kain baju yang berbakul-bakul..... maklumlah kain yang 3 hari basuh nak dibasuh dalam sehari. Nasib baik aku ambil cuti sehari lepas balik kampung. Dapatlah selesaikan kes cuci mencuci ni... Tapi yang paling penting tukang cuci tu boleh berfungsi tanpa ditunggu. Masuk je kain ye basuh le sampai siap. Terima kasih mesin basuh... Mesin lipat kain ada tak yek... kalau ada bagus jugak ni.... tak lah kain aku sentiasa ada je yang tak berlipat....

Sampai dalam kul 10 malam tu aku terus kumpulkan kain dah basuh.



Sampai dalam kul 10 malam tu aku terus kumpulkan kain dah basuh. Tapi sebelum tu.... melantak benda alah ni lu... ambil tenaga... tak tahan beb bau yang menusuk kalbu tu.... apa lagi kalau tak durian D24 yang beli kat Segamat. Terliur tengok sepanjang jalan ada jual durian dari jalan Gambang lagi.... Dan paling besar durian ada di sempadan Pahang Johor dengan di Segamat. Tak putus-putus durian kat situ sentiasa ada je... Nak tau kenapa......??  sebab ye replika durian yang dibuat dari batu.... tak leh nak beli n makan.... hehehe...


 
Sedapkan....D24 beli 3 bijik je... Semerbak dalam kereta...

Hujung minggu hari tu ingat nak selesaikan lipat melipat... tapi si Nurin tak bagi kerjasama nampaknya. malam tadi pun ingat nak meipat lagi tapi baru je ambil dah bangun lagi si kecik ni.... huhuhu.... bilalah nak sambung lagi ni...


Geram ibu dengan si tecik ni....

Perjalanan Yang Panjang Berliku...

Macam tajuk cerpen lak kan... dah lama tak update tetiba update keluar tajuk macan tajuk cerpen. Hehehe saje je tu wak gempak.

Apa motif aku letak tajuk Perjalanan Yang Panjang tu.... siap Berliku lagi tuh..... Kalau cerpen kronologi ceritanya macam kisah sedih je kan...??? Tapi ini cerita tarak sedih punye... tapi lepas cerita tu... ada kisah sedih sebenarnya... sampai setiap kali aku baca catatan tu... hati ini macam disiak....tapi biarlah aku pendam je tanpa siapa yang tahu. Bak kata Siti Nurhaliza Biarlah Rahsia...

Ok, kembali kepada cerita Perjalanan Yang Panjang tu.... sebenarnya ini kisah aku mengekor abang pergi menyelia students LI ++ balik kampung. Bak kata orang sambil menyelam minum air lah. Kenapa sambil menyelam minum air plak. Sebab ditaja perjalanan dan penginapan kan.... hehehe.. tapi separuh jelah sebab menyelianya area Kemaman je... Area Besut ada juga studentnya tapi orang lain yang ambil. Kalau tak boleh lelama sikit duk kat kampung.

Aku kata perjalanan panjang tu sebab nilah perjalanan yang paling lama sampai memakan masa 17 jam dari Pt. Raja ke Jerteh. Lamakan duk kat dalam kereta. Ada lah jugak berenti untuk makan dan sholat tu... Kami bertolak dari sini pukul 5 pagi dan sampai di Kemaman dalam kul 11.30 pagi. Lepas rehat2 dan sholat abang mulakan tugasnya menyelia pelajar di syarikat apa tah kat Kemaman tu. Aku nga anak2 tunggu dalam kereta je... sempat terlelap tu... tunggu sebab lama sangat dekat sejam baru habis. Lepas tu pergi TATI lak. Macam seronok je duk situ... tepi pantai dan tepi bukit. Kalau ada peluang kerja situ boleh mohon ni... dekat sikit nak balik kampung. Tapi tu kerajaan negeri punye... Tak pelah berangan je.... tapi kalau ada peluang apa salahnya kan....

Habis kerja situ dalam pukul 4 petang kami pun memulakan perjalanan untuk balik kampung. Singgah di Marang dalam kul 6 lebih untuk makan sotong goreng tepung dan nasi goreng sambil menikmati deruman ombak yang menghempas pantai. Teringatkan si Nurin takut jugak dah nak maghrib masih duk situ. Maklumlah pertukarang sing ke malam. Ustaz cakap masa ni lah benda2 halus tu berkeliaran baru bangun dari tidur. Tu kita tak galakkan untuk berada diluar rumah pada masa tu.

Al-hamdulillah selamat sampai dalam kul 10 malam lebih. Tu pun dah terlajak dari nak masuk simpang rumah aku. Macam mana tah boleh tak perasan. Mawsa tu aku tengah nengok msg dan abg lak biasalah dah penat kan sehari suntuk bawak kereta. Tapi pusing balik untuk singgah kejap memandangkan mek dengan adik yang menunggu di rumah nak jumpa dengan cucu-cucunya. Tak sedap pulakkan orang dah tunggu kita tak singgah. smpai rumah check dengan ayah dalam kul 11 lebih tuntang-tuntang dekat kul 2 pagi baru tidur Nurin nangis. Penat lah kut lagipun ye tak berapa sihat sebab sehari sebelum balik tu ye demam. Kesian Nurin......

Layan sedikit gambar anak2





alamak ibu tertidur lak mengantuk sangat ni...






suka sangat tengok gambr ni...

apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Adeeb ni...

Banyak lagi gambar malas lak nak upload.

Rabu, Jun 29, 2011

Satu..., Two... Sekarang Tigo

Tu bukan nak belajar mengira tapi apa yg aku maksudkan adalah handbag aku pergi kerja hari-hari. Bilalah ia akan kembali normal aku bawak dua je..... selagi lom selesai seminggu ni aku akan usung pergi dan balik kerja 3 bag itu... Tak pelah sekurang-kurangnya aku boleh buat jugak kat rumah benda alah tu....

Meh aku cite kenapa hand bag aku semakin bertambah. Hehehe... Mulanya ni je.....


Biasalah semua orang bawak handbag kan. Abaikan jenamanya yek... Dalamnya biasalah ada keperluan aku seperti handset, bag duit (tapi kengkadang tertinggal gak...) maklumlah makan pergi dgn abg jadinya paham-paham jelah. Duit mu duit ku.... duit ku pun duit mu..... (perkongsian hidup....), kad matrik n tisu je... Bedak takde kat dalam tu... Lepas tu tambah lagi satu....ni dia....



Ni jadalah untuk aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai ibu kepada Nurin. Akan aku penuhkan hak anak untuk memberikan yang terbaik untuknya. Semoga Allah memepermudahkan segala urusanku dan perjalanan ku. Insyallah

Dan lately ni tambah lagi satu secara tak rasminya.....



Berat lak tu.... huhuhu bilalah aku dapat siapkannya. Semoga setiap malam Nurin akan bagi kerjasama terbaik kat ibu dia ni untuk siapkannya sebelum misi nak ikut abang tu sampai. Kalau tak jangan harap lah bos nak lepas aku ambil cuti.... Berpinau-pinau mata aku ni nak semak satu-satu nama student ni... Risau kut tersalah tanda pelajar yang graduan je.... Ya Allah mintak jauh le.... Malam tadik kul 1.30 pagi barutidur aku duk nelek benda alah ni...

Apa-apa pun terima kasih banyak kat abg kerana banyak menolong....


Kasihnya ibu membawa ke Syurga  kasihnya ayah berkorban nyawa....

Khamis, Jun 16, 2011

Cahaya Suci

Waduh dah lama rasanya tak update sini... bukan takat update masuk pun tak... nak wat macam mana masa amat menceburuiku...hehehe... Hari ni rasa ada kelapangan skit dah banyaj kerja yang siap tapi ada beberapa hutang kerja yang masih dalam simpanan untuk diselesaikan sebelum JKP ni. Harapnya semuanya ok.... Insyallah. Ada sebab nak kene siapkan tu sebab lepas JKP cuma nak tumpu pada laporan dan minit je dan lepas tu aku ada MISI...hehehe... jadi ke bang....???

Ok tinggalkan bab kerja. Tujuan aku berada di page ini hari ni sebab aku nak update kan perkembangn si Nurin. Yap sekejap je dah 4 bulan Nurin membesar just dengan susu ibu sahaja. Al-hamdulillah lagi 2 bulan je untuk capai target pertama aku. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan paling penting aku hargai adalah sokongan dan dorongan yang diberikan oleh insan tersayang. Siapa lagi kalau bukan En. Suamiku. Ni bukan bagi dorongan  dari segi kata-kata tapi dorongan dari segi membantu aku dalam segala hal dari bab masak memasak, mencuci, mengemas dan segala mak nenek kerja rumah abang lakukan. Terima kasih bebanyak bang jasa mu ku kenang. Mudah2an pahala ibu menyusukan anaknya hingga kenyang juga mengalir untuk seorang ayah yang berkorban membantu si ibu menjayakan misi itu. Insyallah.

Nurin sekarang ni dah boleh meniarap dan ada lah juga beberapa kali dah boleh telentang balik. tapi tetentang seraca tergolek lah.... kesian..... chayo...nurin chayo... jangan give up pk sayang. Nurin start boleh tiarap masa dia 2 hari lagi nak masuk 4 bulan. Malam tu ye cuba boleh sekali lepas tu terus je nak tiarap dan tiarap. Sekarang ni pantang letak mesti tiarap terus sampaikan nak pakaikan pampers pun kene cepat2. Kejap je kan masa berlalu... Mudah2an Nurin membesar dengan sihat Insyallah. Ibu hanya akan bagi yang terbaik demi anak ibu.





Abaikan hasil seni di dinding rumah tu... Nukilan si Adeeb sepanjang aku berpantang hari tu... Padahal dinding tu baru cat masa sebelum bersalin ari tu je...