Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...
Rabu, November 11, 2009
Musim SKT Kembali
Isnin, November 09, 2009
Banjir Oh Banjir Oh...
Beriani Power Vs Beriani Mohd. Shah

Jumaat, November 06, 2009
Koleksi Senyuman Adeeb
Saje je aku just nak upload koleksi Senyuman Adeeb yang dah lama aku kumpul untuk masuk satu peraduan tu.. tapi atas sebab-sebab yang tertentu aku tak jadi masuk. Sebab dah kumpul gambar tu.. apa salahnya aku masukkan kat sini. Gambar-gambar kakak2 Adeeb nantilah akan menyusul jugak. Tapi bila tu... bergantung kepada keadaan.
Jumaat, Oktober 30, 2009
Warna Warni
HARI * Maksud * WARNA
ISNIN * Kesucian Rohani * PUTIH
SELASA * Kasih Sayang/Tumpuan * MERAH JAMBU/UNGU
RABU * Perhubungan/Komunikasi * BIRU
KHAMIS * Pemikiran/Tenaga * KUNING/OREN
JUMAAT * Keseimbangan * HIJAU
SABTU * Keberanian/Tuah/Kemewahan * MERAH/MERAH HATI
AHAD * Gabungan/Istirehat * HITAM
Artikel kat bawak aku copy dari email yang diforward juga berkaitan dengan warna
PENGARUH WARNA DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk.Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredarandan melonjakkan adrenalin
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang
ELAKKAN INSOMNIA
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... ..!
CERIAKAN MOOD ANDA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan
Jom! Up Grade Sikit
Rabu, Oktober 28, 2009
Jom Vote Ramai-Ramai..
Pada pandangan aku lah yang lain-lain tu namannya macam lebih kurang dengan kilang Jepun je.... Tak sesuai rasanya. Aku lebih suka dengan nama sekarang je. Keputusan vot setakat ini adalah ....................
Isnin, Oktober 26, 2009
Result PTK
p/s: Terima kasih ye bang kerana sudi temankan Ani study kat opis masa nak exam PTK ari tu. Dan first entry aku kat blog aku ini adalah tentang Exam PTK sebab masa aku tengah study abg lak tengah daftarkan aku blog ini. Tapi sekarang ni ye dah lain sebab aku dah tokok tambah sendiri. Apa-apa pun terima kasih yek. Nanti lain kali kalau ada exam PTK lagi kita ambil sama-sama yek untuk kertas umum. Untuk kertas khusus abang ambik lah sediri sebab tak dapat den nak nolongnya. Ambo dok gheti bab elektrik dan PnP ni.
Asyik Jatuh Je.. Adeeb
Khamis, Oktober 22, 2009
Audit Oleh MQA (dan kesan pada aku...)
Dan kesan yang menambahkan tugasan aku untuk selamanya adalah bos mintak aku sediakan satu fail data-data yang ada di PPA yang perlu aku update setiap masa dan fail ini bos akan bawak setiap kali dia keluar meeting ke bengkel ke.. dan apa-apa jelah. AKu dah ada bendanya cuma nak kemaskini lagi sikit supaya nampak elok pada pandangnan mata aku la...
Isnin, Oktober 19, 2009
Exam Lagi...
Aku lak yang risau tau... apalah Nadhirah nak jawab nanti yek..? Ye lah kalau ditengokkan gayanya dekat rumah kalau kita suruh belajar tu... Yaaa.. Ampun... tau-tau je lah malas nak menulisnya kat sini. Apa-apa pun semoga kat sekolah Nadhirah tak lah susah macam ibu suruh dekat rumah yek. Biasalah budak-budak kalau diajar dengan mak bapak dia mana naknye... cikgu dia lah yang betul.
GOOD LUCK FOR NIK NURDINI NADHIRAH BINTI NIK MOHD. ASRI.
Ibu dengan ayah doakan yang terbaik untuk anak-anak semua.
p/s : Aku rasa dah lama exam PTK aku ambil dalam bulan 4 ari tu tak silapnya. Tapi bile ntah resultnya nak kuar. Ye lah, mana tau aku dapat 4, boleh dapat anjakan gaji...hehehe berangan lak pulak.... Esok exam ari ni baru nak baca buku berangan nak dapat 4. Sudah lah.... Alah bukan ada masalah pun kan aku nak berangan.... tak kene bayar pun...
Rabu, Oktober 14, 2009
Sedikit Info Untuk Semua
Kejadian2 Yang Mendatangkan Keinsafan...
Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009
Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun…. Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin……


Ini pun senang je copy and paste je dari blog lain.
Waktu Gempa Di Padang Indonesia
Subhanallah.
Sesungguhnya semua kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita lihat waktu terjadinya gempabumi di Padang Indonesia adalah dicatatan waktu kejadian bahawa gempa pertama terjadi pada pukul 17.16 dan gempa susulan terjadi pada pukul 17.58.
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58):
Marilah kita renungkan pesan Illahi tersebut. Mengapa Padang? kita yakin, mereka para korban baik yang meninggal maupun keluarga yang ditinggalkan adalah pihak-pihak yang dipilih Allah. Mereka adalah orang-orang yang kuat, tabah dan sabar. Allah tidak akan menimpakan cubaan melebihi kemampuan umat-Nya.
Renung-renungkan lah
Selasa, Oktober 13, 2009
Sudah Dapat Gading Bertuah...
Ye lah nak tau mesin tu kita orang beli dalam tahun 2003 dalam bulan 9 lah gitu selepas abang dapat pindah ke sini. Regenya pun cuma yang murah aje dalam RM3++ ke hapa gitu jenama Khind. Sekarang ni dah tahun 2009 dan 6 tahun pun mesin tu kan... Dah banyak pun jasa dia pada kita. Jadilah dah puas pun aku gunakannya. nak jugak tukar selera pakai yang baru kan.. Jadinya petang jumaat tu balik kerja kami pun pergilah servey kat beberapa kedai kat pt. raja, nak pergi bp macam malas lah pulak. Lagi pun mesin tu nak guna cepat. Kalau kat bp kut-kut ye tak nak hantar terus ari tu kan. Jdi lepas servey tu tolak, campur, darab dan bahagi tu kamu pun belilah yang ini...
Selamat tinggal lah yek. Terima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan selama ini.
Nak lego kemana pun tak tau lah tu... macam menyemak lah pulak duk kat situ...
Tajuk kat atas tu... bukan maksud tak nak guna lagi tapi dah tak boleh guna...
Isnin, Oktober 12, 2009
Apa Pe'el Lah Pulak Si Adeeb Ni...
Lambat @ Lewat...?
Jumaat, Oktober 09, 2009
Inilah, Permulaan Kami...
Majlis Sambutan Hari Raya 2009 UTHM
Al-hamdulillah kenyang. Tak makan banyak pun kenyang minum air. Aku ambil nasi tomato lauk daging sikit pastu makan satey, kuih sikit dengan buah. Banyak makanan yang tak habis lagi masa kami balik tu. Aku nga geng opis tak makan situ pun, ambil makanan, bungkus buat balik opis. Kat situ macam susah aje nak makan sebab ramai orang.
Majlis ni ye sekalikan dengan jamuan meraikan petugas konvo UTHm pada bulan 8 ari tu. Dalam majlis ni jugak ada diadakan sesi penyerahan komputer terpakai kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Banyak jugak lah sekolah yang dapat. Lepas selesai penyerahan komputer tu ada bacaan sajak. Tapi tak berapa nak jelas sebab duk kat belakang. Biasalah....
Tahun ni untuk student ye buat kat khemah dan staf kat dewan terbuka tu. Makanannya sudah diasingkan. Senang sikit kalau tak macam sebelum ini berebut-rebut nak ambil makanan. Tahun ni macam banyak pulak yang lebih. Untunglah petugas boleh bungkus makanan yang masih banyak tu. Tak pelah kesian mereka yang kene bertugas bahagikan makanan.
Macam biasa jugak... tiap-tiap tahun mesti ada makanan yang nak basi. Tahun ni rendangnya macam dah basi. Agaknya dari semalam lagilah tu buatnya. Tapi aku tak makan pun yang tu...
Khamis, Oktober 08, 2009
Semua Pasal Makan-Makan
p/s: Bos cakap semalam kat aku balik nanti bawak makanan kat opis tu betul ke gurau-gurau ek...? Hari ni asyik perli aje sebab aku tak bawak. Bukan tak nak bawak tapi tadi terlupa nak ambil bekas keropok tu... Releks bos jangan pergi masuk batu belah batu bertangkup yek...
Rabu, Oktober 07, 2009
Marhaban Taman
Malam ni adalah malam penutup marhaban dekat Taman Wira Jaya dan lorong last itu adalah lorong rumah akulah... Ops... rumah kami.... sebab 2 nama. Marhaban kat taman ni bermula dari 01 Oktober ari tu lagi tapi aku tak pernah join pun... Bukan tak nak campur dengan orang tapi memandangkan banyak sangat kengkangannya jadi aku lupakanlah hasrat itu. Aku rasa tak salah pun lagi pun itu bukan suatu yang dituntut tapi cuma satu budaya masyarakat sini aje... Tapikan program ni bagus benarnya sebab nanti kita sama-sama marhaban dan lepas tu mendoakan tuan rumahnya... TAPI.... adakah ada keberkatannya sekiranya orang yang datang membawa bersama "satu niat yang lain.... ". Ada... jangan cakap tak ada... Malam ni Insyallah kiranya tak ada ara yang melintang patah membujur lalu aku ikulah jugak pergi rumah yang dekat-dekat dengan rumah aku tu untuk beraya.
Makannya macam tahun-tahun yang lepas jugak akan makan dirumah yang last sekali. Tahun ni rumah yang last tu sebalah sana jadi rumah aku yang awal. Kalau tahun sebelum-sebelumnya rumah belah aku yang last jadi nak nunggu tu lamanya.... tahun pertama marhaban kat taman aku tu yang lelaki makan kat rumah aku dan yang perempuan makan kat rumah jiran sebelah rumah aku sebab rumah aku yang last. Tahun kedua tu rumah aku yang last jugak tapi sebab aku masa tu masih dalam pantang bersalinkan Adeeb jadinya makan kat rumah En Lut yang disewakan kepada Rashid. Yang perempuan kekal dekat rumah jiran sebelah aku tu..
Tu lah semalam petang balik dari kerja aku ajak abang pergi Parit Kadir jalan Parit Botak sana sebab nak beli popia otak-otak tu. Reganya dah naik lah dulu 1 bungkus tu ada 30 batang regenya RM7 hinggit tapi semalam aku beli dah jadi RM 8 hinggit plak. dari segi rasanya pun dah kurang sedap dilidahku... intinya pun macam sikit aje ye letak. Jawabnya nanti tak delah aku nak pergi situ lagi semata-mata nak beli benda tu... Beli aje kat kedai Pt. Raja. Aku beli 3 bungkus untuk digoreng malam ni bagi tetamu makan. Lepas tu goreng kan keropok keping yang aku beli kat kampun ari tu dengan keropok segera sira pedas tu. Yang lain-lainnya kuih-kuih raya le... Tak makan berat sebab dak kumpul duit kan. Lagipun dia orang tak makan pun cuma minum air aje... dengan makan yang ringan-ringan aje.
Petang ni aku nak ambil 3 jam lah nak buat persiapan lah sikit. Mengemas, menyapu dan semua yang seangkatan dengannya lah. Kalau nak buat masa kul 5 balik kerja tu mana lah sempatkan dengan budak-budak lagi nak terkejar sana terkejar sini, jawabnya tak terbuatlah nanti.