
Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...
Rabu, September 09, 2009
Buka Puasa Yang Menyelerakan

Isnin, September 07, 2009
Gembira Rasa DiHati....
Jahit manik baju Nadhirah dengan Ainul dah siap, nantilah bila siap baju aku baru aku letak gambarnya dekat sini. Untuk anak-anak aku jahitkan baby daisy. Cute... sesuailah untuk budak-budak
Jumaat, September 04, 2009
Shicida Methods - Jadikan Anak Anda Pandai
Dipetik dari http://www.iluvislam.comunknowneditor/ :
- Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah, ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.
- Mula guna kad untuk ajar anak anda. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
- Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air ( water colour ), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
- Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
- Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi.
- Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.
Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan. Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan.
Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .
Selasa, September 01, 2009
Suatu Kebetulan Yang DitentukanNya
Nadhirah - 09 September 2004 / 24 Rejab 1425H / Khamis
Ainul - 04 September 2006 / 11 Syaaban 1427H / Isnin
Adeeb - 23 September 2008 / 23 Ramadhan 1429H / Selasa
Abang - 09 Mei 1971 / 13 Rabiulawal 1391H/Ahad
Anik - 19 Mac 1977 / 28 Rabiulawal 1397H / Sabtu
26 Mei 2002 Bersamaan 13 Rabuilawal 1423H
Senangkan nak mengigatinya... tapi ada jugak orang tu buat-buat terlupa kut....
Selasa, Ogos 25, 2009
Langkah Pertama... Adeeb
Nak tau sebab apa aku nak sangat masukkan video tu kat sini. Bukan nak tunjukkan kelasakan Nadhirah atau Adeeb tu bermain atau rumah ku yang serabut tu... tapi aku nak Abadikan video Adeeb baru dapat kaki. Semalam genap umurnya 11 bulan 1 hari aku tengok Adeeb dah banyak berjalan dan sudah menambahkan jarak perjalanannya dari 2 atau 3 langkah kepada berlangkah-langkah. (Betul ke ayat aku ni... alah lantak lah takde yang mengodit pun...). Yang kelakarnya meliuk-liuk badanya nak jatuh tapi tetap tak putus asa nak jalan tu...
Seronokkan dapat lihat perkembangan anak-anak. Pagi tadi kita orang bangun sahur Adeeb ikut sekali bangun sebab dalam kul 5 pagi tu aku dah mandikan Adeeb, kencing banyak sangat. Alang-alang duk dalam bilik air pastu tengok dia suka aje main air, apa lagi kan dah kena mandikan dengan ibu... tapi air panas lah... nyakyo (bahasa kelate) kesianlah nanti takut selsema lak. Pastu dalam kul 6.30 pagi baru tidur semula dan bangun semula dalam kul 7.30 masa nak pergi kerja tu.
Isnin, Ogos 24, 2009
Adeeb... Adeeb..!
Semalam 23 Ogos 2009 umur Adeeb dah masuk 11 bulan. Kejap je masa berlalu kan?. Perkembangan terbaru Adeeb, nengoknya Adeeb dah mula nak berjalan. Ya bangun, lepas tangan dan melangkah pelan-pelan 2 atau 3 langkah pastu jatuh dan gelak-gelak. Kalau dia tengok kita ada berhampiran dengan dia mulalah dia macam terkam dekat kita. Risau jugak takut tersungkur kat lantai tu baru lah...
Hari sabtu ari tu, aku kat dapur tengah buat apa tah dah lupa. Abang tak de kat rumah. Adeeb, Ainul nga Nadhirah tengah main-main kat luar depan TV tu. Lepas tu dengar Nadhirah jerit "Ibu... takut jatuh Adeeb". Aku tak pergi lagi tengok sebab tau biasanya Adeeb panjat kerusi kat depan tv tu.. Lepas tu Nadhirah jerit lagi suruh aku keluar. Risau gak kan, aku pun keluar lah nengok.
Masya Allah... nak tau Adeeb duduk kat mana....?? atas palang kerusi yang kita letak tangan tu... bertenggek kat situ. Dengan tangannya pegang dekat kulit sofa tempat sandar tu... Apa lah Adeeb2 pandai naik tapi tak pandai nak turun lah tu...
Kalu main pulak, mainan yang kakak2nya ambil semua dia nak ambil. Kalu tak dikasi menangis sampai merajuk2 lak tu... Bila kakak2nya tak nak layang dia main mulalah dia kacau kakak2nya. Tarik rambut lah... dikeronyok-keronyok la.., duk atas riba lah macam-macam lah. Saja dia... nak provoke orang.
Bubur Jagung N Ikan Percik Kelantan
Bubur Jagung. Gambar dari internet. Aku punya semalam terlupa nak ambil. Dah petang nak buke tu baru teringat tapi dah tak sempat.
Hehehe... Aku buatkan Bubur Jagung. Kebetulan selepas aku post entry resipi Kuih Butir Nangka semalam masuk dapur je abang tengah racip jagung. (Racip ke.. orang panggil??) Aku tanya nak buat apa..? Abang cakap nak suruh buat bubur jagung. La... tadi bukan cakap nak suruh buat Kuih Butir Nangka ke..??.
Jadinya, Kuih Butir Nangka tu lain kali lah buatnya... Bila tu...?? adakah hari bekerja atau tunggu hujung minggu ni..??
Untuk lauk lak aku masak Ikan Percik Kelantan.
Gambar pun aku ambil kat internet. Alasannya sama seperti di atas.
Ahad, Ogos 23, 2009
Kuih Biji Nangka
Ni bukan kuih butir Nangka aku punya. Aku ambik kat internet. Nanti bila aku punya dah masak aku ganti lah gambarnya.Kalau bahasa kampung panggil kuih butir nangka je... Ni pun salah satu kuih kegemaran abang terutamanya dalam bulan puasa ni. Bulan tak puasa buat jugak kalau dah nak makan. Ingat ye.. bukan guna biji nangka tu ye untuk buat kuihnya. Nama je biji nangka tapi ye takde pun dimasukkan nangka. Kuih ni diberi nama biji nangka sebab masa kita gentel bulat-bulat tepung tu kita buatkan ye macam bentuk biji nangka je... ikut cakap mek lah sebab masa aku kecik-kecik tak lah kecik sangat aku pernah tanya mek bakpo namanya butir nangka. Nak membuatnya pun senang gak..
Bahan2nya:
Tepung pulut
gula melaka/nise
santan
halba
sedikit air kapur
air untuk menguli
daun pandan/pewarna hijau
garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:
Uli tepung pulut + sedikit air kapur + pati daun pandan/pewarna hijau. Agak-agak dohnya tak melekat kat tangan tu ok lah. Panaskan air dalam periuk untuk rebus tepung nanti. Bila air dah panas, bulatkan doh tadi dengan dimasukkan sedikit gula melaka kat tengah-tengahnya. Ulang lah sampai habis doh tepung tadi. Sambil-sambil tu angkat lah biji nangka yang dah terapung kat dalam periuk tu. Angkat biji nangka tu rendam lu dalam air tak nak bagi melekat sementara kita masakkan kuahnya.
Untuk kuahnya, ambil santan, masukkan halba, garam dan gula secukupnya. Jangan manis sangat sebab dalam biji nangka tu dah ada gula melaka. Kacau hingga mendidih pastu masukkan biji nangka tadi. Dah selesai...
Untuk lauk lak ari ni dah ada menunya. Aku nak masak ikan percik. Bukan percik johor tau tapi percik kelantan le...
Resipi Puding Telur Gula Hangus
Bahan2 yang diperlukan :
Telur 6 biji
Susu cair 1 tin/susu pekat + air agak-agak dalam satu tin susu cair
Gula yang telah dibuat gula hangus
Roti dalam 3 keping sekira nak letak rotilah
Cara2nya :
Sabtu, Ogos 22, 2009
Nak Masak Apa Yek..?
Untuk makan sahur pagi tadi aku bangun masak lauk dalam kul 4.15 pagi. Sayur abang dah masak dalam kul 10 malam tu. Hehehe boleh gitu ek... bagi-bagi masak. Aku masak satu abang masak satu. Pastu aku goreng ikan jeruk yang beli dengan Pooja. Masyallah baunya satu rumah, pastu susah pulak tu nak menyahkan baunya. Dah pasang aroma terapi pun tak ilang-ilang jugak baunya. Aku rasakan baunya sampai dah melekat-lekat kat kain-kain yang ada dalam rumah aku.
Jiran-jiran sekeliling ku semuanya tak ada. Masing-masing orang dekat-dekat sini je.. jadi mereka balik kampung sambut puasa dengan keluarga yang ramai. Aku tak delah sampai nak balik kampung kan nak sambut puasa. Bukan tak nak balik tapi bila mmemikirkan perjalannya yang jauh tu... tak pelah kami balik raya je... ambil awal 2 hari sebelum raya nanti boleh lah satu hari berbuka rumah mek dan satu hari lagi berbuka rumah chik. Mesti seronokkan berbuka ramai-ramai kat kampung nanti.
Tahun lepas aku puasa kat kampung lama jugak. Ye lah aku balik kampung baru 15 hari puasa. Jadi yang 15 hari lagi tu kami puasa kat kampung. Suka sangat sebab boleh makan semua kuih-muih dan lauk pauh yang tak ada jual kat sini. Sampai abang boleh tanya nak makan apa lagi takut anak yang kluar nanti ngeces (bahasa jawa kut...) kalau bahasa aku air liur meleleh je... Yelah sebelum bersalin kene makan semua yang nak dimakan.
Nak pergi masak puding telur gula hangus lah. Kuih kegemaran abang. Suka betul dia kalau ada kuih tu...

Jumaat, Ogos 21, 2009
Ketibaan Bulan Penuh Keberkatan
Untuk semua, diri saya dan bagi pihak keluarga saya ingin memohon maaf diatas segala kesilapan yang dilakukan oleh kami sekeluarga sama ada secara sedar atau tidak. Semoga segala amal ibadah kita mendapat keberkatan dari Nya. Insyallah.
Sama-samalah kita meminta ampun dan maaf dari suami/isteri kita, kawan-kawan dan yang lebih penting ibu atau bapa kita sekiranya masih ada. Bagi ibu atau bapa yang sudah tiada sama-samalah kita panjatkan doa kepada Allah SWT semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang di readhi. Amin..
Isnin, Ogos 17, 2009
Gigi Adeeb
Susah betul nak ambil gambar Adeeb tengah tayang giginya tu... Sibuk sekali nak pegang kamera.
Gelagat Anak-Anak
Manik...Hasil Tangan Sendiri
Ni aku jahit yang simple je... jahit beriring tak nakmanya. Ingat nanti nak tambah lagi jahit maniknya yang kain corak tu. Maniknya dah ada tapi lom start je lagi.
Ni baju sedondong semasa Majlis Anugerah Naib Canselor sebelum konvo ari tu.
Agak-agaknya lah kan...boleh jugak lah kalau aku nak cari duit raya lebih dengan menjahit manik kat baju ni kan..?. Tapi ada ke yang nak menempahnya dengan aku ni... kelakarnya.. ketawa pada diri sendiri kah4x. Tak de maknanya kan mesti orang yang nak mintak aku jahitkan manik tu pikir banyak-banyak kali. Ye lah dengan coraknya ntah apa-apa je... Apa lah aku ni...
Apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku sendiri. Tak keluarkan modal yang banyak cuma perlu korbankan sedikit masa rehat aku je... Memang pun aku korbankan masa rehat aku sebab aku jahit manik tu kat opis time rehat aku dari pukul 1 sampai kul 1.45 petang. Kenapa tak sampai kul 2 petang..?? sebab nya 15 minit lagi tu untuk aku sholat lah pulak.
Kat rumah aku jarang je luangkan masa untuk menjahit manik ni. Al-maklumlah.. dah tak menang tangan dah nak buat kerja-kerja yang sememang kene buat kat rumah tu... di tambah pulak dengan Adeeb dengan ragamnya tak nak orang tinggal, Ainul dan Nadhirah yang tak nak duduk diam. Suruh tidur pun tak nak. Apa-apa je lah anak-anak ku... semoga bahagia dengan dunia kalian. Kadang-kadang tu ada la jugak jahit kat rumah, tapi selepas pukul sepuluh malam lah bila Adeeb dah tidur dan kain pun dah lipat. Biasalah nak seribu daya kan.... tak nak macam-macam lah alasan yang ada.
Bila dah mula jahit manik ni kan..., aku rasa macam tergila-gila pulak. Rasa semua baju nak jahit manik. Macam seronok dan ada kepuasan gitu... Bagi aku lah.... Kalau dah start jahit tu kan rasa macam tak sabar-sabar nak tunggu siap sebab nak tengok hasilnya. Betul lah... memang happy sangat...
Jumaat, Ogos 14, 2009
H1N1
Pihak bertanggungjawab pun macam dah tak boleh nak buat apa-apa dah. Negeri Johor adalah negeri yang mencatatkan angka kematian yang tertinggi. Ari tu aku pergi Hospital Batu Pahat nengok jiran kat hospital, aku nengok nurse dan doktor-doktor selamba badak je tak pakai topeng muka. Ataupun mereka dah ada daya penahan dalam diri masing-masing. Aku nga abang yang pakai pulak yang terasa janggal.
Rabu, Ogos 12, 2009
Adeeb, Comot Nye...
Ahad, Ogos 09, 2009
Manik Corak Daun
Sabtu, Ogos 08, 2009
Habis Tahap Kritikal Ku
Gerai konvo pun aku dah pergi tadi... saje pusing-pusing nengok apa yanga da. Barang jualan macam sebelum ini jugak.. kain baju, kerongsang, bunga, makanan, biskut raya sebab dah nak sambut puasa, minyak wangi. Aku perasan kan ramai betul yang jual one drop tu... Yang lain-lain makanan seperti sup gear box dan macam-macam lah...
Tahun ni rasanya tak bawak lah anak-anak pusing kat gerai konvo tu... Bukan apa musim-musim selsema, batuk nga demam ni takut jugak. dah lah Adeeb selsema batuk tak ilang lagi tu... Nadhirah nga Ainul cuma tinggal batuk aje lagi. Mudah-mudahan cepat lah sembut anak-anak aku tu.... Aku sendiri pun batuk masih ada pastu macam nak bersin je tapi tak jadik. Demam tu kejap baik kejap demam. Ari rabu ari tu dah MC demam, ari jumaat semalam lepas majlis tu aku rasa kepala berdenyut2 semula. Aku rasa sebab penat sangat kut... tu demam datang balik tu... Balik tu terus makan ubat Al-hamdulillah ari ni dah ok.
Terima kasih ye abang kerana banyak membantu dalam menguruskan kerja-kerja kat rumah tu... Rasa dalam seminggu dua ni macam tak terurus je kat rumah tu.. dengan anak-anak demam dan muntah-muntah.
Isnin, Ogos 03, 2009
Malang Tak Pernah Berbau
Tak ada siapa yang menyangka perkara ini terjadi. Apa-apa pun aku bersyukur kerana abg dan Adeeb selamat walaupun kereta tu agak teruk jugak dilanggar dari belakang. Sesungguhnya betulah Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Aku tak taulah jika pada masa itu ujian yang dikenakan kepada ku lebih teruk lagi. Aku rasa akal aku pada masa itu harus aku tinggalkan kereta yang aku sedang bawak dengan anak-anak aku dalam kereta tu kat tengah-tengah jalan tu. Tapi Al-hamdulillah aku bersyukur kepada mu Ya Allah ujian mu itu tidak sampai ketahap itu. Walau apa pun kehilangan akan tetap hilang dan pengorbanan akan tetap dilakukan. Ya lah kami perlu korbankan diut jugak kan nak betulkan balik kereta tu walaupun claim insuran.
Kisahnya macam ni pada hari rabu petang tu balik kerja singgah ambil anak dekat taska pas tu terus pergi ambil kereta kancil dekat bengkel. pagi tu aku nga abang pergi servis kereta. Jadinya abnag bawak Adeeb naik kereta kancil dan aku lah dengan Nadhirah dan Ainul naik citra. Dari bengkel nak ke simpang taman aku tu tak lah jauh tapi memandangkan kat parit raja ni jalannya ada 4 line jadi agar sukarlah untuk aku nak belok menghala ke batu pahat. jadinya abang pergi lu aku follow belakang. Aku lambat sikit lah sebab takut jugak nak naik atas jalan sebab kereta banya dan laju-laju pulak tu... Abang dah lepas dah. Dah agak lengang sikit jalan aku pun naik ke jalan besar tapi tetiba je kat depan aku tengok kereta slow je... aku slow kan kereta aku dan mintak anak2 duduk diam. Sampai depan aku tengok ada exciden. Macam kenal je kereta tu... Aku tengok no kereta yang dah patak separuh tu.. ye memang aku kenal.. tu kereta abang.. mana abang nga Adeeb...?? tangan aku dah mengigil2 tak tau nak buat apa..
Tengah aku mencari-cari tu Al-hamdulillah aku nampak Abg tengak dokong Adeeb... nampak tak de luka-luka nga darah. Syukur... Aku panggil abang masuk kereta suruh dia yang bawak sebab aku memang masa tu dah tak boleh nak bawak dah sebab terkejuk. Abang masuk terus bawak kereta parking tepi untuk selesaikan perkara tu.
Abang cakap ye dah bagi signal nak masuk stesen minyak petronas untuk isi minyak dah berenti dah tetiba je motor langgar dari belakang. Budaknya tak teruk sangat tapi patah jugak lah giginya dennan luka-luka sikit. Abang cakap nasib baik kat belakangnya motor jugak .. kalau kereta jawabnya Innalillah lah... Berdasarkan maklumat dari orang yang ada sekitar tu budak tu memang bawak laju duk line tengah pulak tu... masa jatuh tu berpusing-pusing dia. Entahlah tak tau nak salahkan sapa... memang boleh salahkan budak tu sebab ye langgar belakang, tapi abang pun boleh disalahkan jugak kan, dan pemandu kereta yang dah terlepas ke depan tu pun salah jugak sebab bawak kereta laju time sibuk tu...
Lama jugak duk kat situ nak selesaikan apa-apa yang patut sampai pengawal keselamatan UTHM datang ambil gambar. Dia orangd atang sebab yang kemalangannya student UTHM dan kami pulak staf UTHM. Tapi cepat betul dia orang sampai.. aku belum sampai lagi dia orang dah ada. tabik lah semua pengawal keselamatan UTHM. Gambar pun aku mintak dia orang sebab aku ada kamera kat dalam beg tapi alamak baterinya dah tak de...
Malam tu kul 12 lebih abang baru balik umah selesaikan apa yang patut dibuat. dah jumpa jugak dengan mak bapak budak tu. bapak budak cakap baru aje pakai motor lebih kurang 2 minggu. OOoo.. patutlah tengah kemarut naik motor rupanya....

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
