Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Jumaat, Ogos 27, 2010

Apa Dalam Feedjit Aku...

Dah lama lah jugak aku tak nengok dalam life feedjit kat dalam blog aku tu... Tujuan aku letak tu dulu adalah untuk nengok orang masuk kat blog ni kerana apa... kadang2 termasuk bukan nak masukkan. Boleh tahu jugak dia orang masuk tu baca apa kat blog aku ni..

Hari ni saje je terkelik dekat feedjit tu.. dan aku tengok rata-rata yang masuk ke blog aku untuk bulan puasa ini adalah kerana untuk mencari resipi kuih biji nangka..... hahahaha... nak tergelak je aku nengok sebab org nengok resipi aku yang tah apa2 tu.... untuk bulan puasa ni aku dah buat dah kuih tu sekali ari tu... dan untuk kuih karemal gula hangus tu pund ah buat sekali. Aku macam nak cuba buat kek spam gula hangus aku panggil. Tapi ada gak orang panggil kek gula hangus.. alah yang macam ada jalur2 atau macam jalan sarang semut tu kat dalam. tapi aku nak cuba buat kukus je... hehehe... jadi ke tak nanti ek...?? Mintak2 tak mengecewakan.....




Khamis, Ogos 26, 2010

Persiapan Raya Tahun Ni...

Al-hamdulillah minggu lepas ambil cuti satu hari pergi beli baju anak2 untuk raya. Kenapa sampai ambil cuti plak...?? Tektik sebenornya tak nak bawak anak2 dan tak nak bersesak dengan orang ramai... Aman je aku dgn abang shopping ari tu. Dalam sejam lebih je dah selesai semuanya. Kalau bawak anak nak kejar anak lagi... nak memilih baju lagi... huh... yang sejam setengah jadi 3 jam tak siap rasanya atau balik tanpa membeli apa2... hehehe sbb dah penat. Dah 2 tahun kami buat cara mcm ini ambil cuti satu hari di bulan puasa khas untuk pergi shopping.

Cuma baju melayu abang dgn Adeeb je belum beli. Kebiasaannya beli yang siap je dekat Bazar Raya tu... tapi bilalah nak pergi beli tu... nak kene pergi beli awal2 kut2 nanti tak de lak saiz untuk Adeeb calour yang sama dengan ayahnya. Macam tahun lepas, orang lain semua warna purple cuma Adeeb sorang je calour coklat. Tapi boleh lah masuk sebab corak baju aku nga Nadhirah dan Ainul warna coklat.Tu pun besar balik mintak adik potongkan skit.

Kuih raya lak, dah ada lah sikit tempah dengan kawan2... bantu kawan2 niaga apasalahnya... cuma kene top up sikit lagi lah untuk buah tangan balik kampung nanti. Dah jadi kebiasaan tolong belikan sikit sorang. Kalau tak beli macam tak sedap la plak kan... Nanti lah nak pergi tengok dekat kerepeks tu... tapi nak kene pergi awal jugak tu.... kut nanti dah tak banyak pilihannya... Nantilah ajak abang pergi hari minggu ni ke...

Semalam Nadhirah dah tanya ibu tak buat kuih raya ke...??? Nanti ibu belilah... Nadhirah nak makan kuih raya banyak...banyak... Ibu dah lama pencen dari membuat kuih raya Nadhirah... masa anak dara lu suka sangat buat walaupun kadang2 tu sorang je.. Bilalah aku boleh start balik aktiviti itu....


Lena Diulik Mimpi.....

Tapi mimpi ni membuat tersentak dari lamunan mimpi... huh.. bahasa apakah ini...???

Semalam nak tidur tu tanya abang satu soalan... Abang tahu tak Ani mimpi apa malam semalam.... Dah sah jawapannya tak tau.... kalau ye cakap tahu pelik lah plak kan...hehehe... (itu dipanggil soalan kurang cerdik.... versi sopan...).

Aku pun cita lah.... a...b...c... *$$#/? < ...+/?<,,,*& >...  bla..bla...bla....bla..... pendek je... aku cakap... pastu aku cakap le dah 2 kali tau.... mimpi yang sama... Nak tahu apa ye jawab....cepat je ... INSYALLAH.... huh hampeh betul abang ni... ada hati ek...???. Nasib baik aku tak balas bagi 10 alasan yang boleh diterima dek akal ini.... hehehe... saje je...

Orang kata mimpi walaupun ia mainan tidur tapi ia boleh mengganggu naluri dan perasaan kita sekiranya ia sesuatu yang membuatkan kita rasa sedih, terkilan, sayu dan macam-macam lagilah... Manalah tahu kut2 ia akan menjadi kenyataan kan...??? Mintak jauh ek.... sorry ye bang....

Tapi kalau mimpi dapat duit banyak ke... nak jugak.. ye jadi kenyataan..... hehehe...

Lagu ini aku suka dengar...



Khamis, Ogos 12, 2010

Gitu Gini Puasa

Al-hamdulillah dah hari kedua hari ni. Semalam puasa duk rumah je dengan anak2. Al-hamdulillah walaupun kerjanya kat rumah macam tak henti tapi tak terasa sangat puasa sebab cuacanya sejuk...

Nadhirah semalam cuma dapat samapi pukul 12 tengahari je.. tu pun jenuh nak memujuk setiap kali ye mintak nak minum air. Ainul pun satu asyik bawak minuman je pergi depan kakak dia.. kesian Nadhirah godaan dari adiknya sendiri. Tapi sebab badanya panas sangat demam jadinya ayahnya suapkan ubat. Tu yang berbuka tu... tapi tak makan pun nasi cuma makan dadih yang aku buat je... tak sabar2 nak makannya sampai letak dekat beku tu nak suruh sejuk.... Lepas minum air tu boleh ye tanya nadhirah puasa lagi ek ibu... sabor je lah....

Hari ni still tak puasa sebab badannya masih panas. Bangun pagi tadi sajeje tak kejutkan dia. Semalam kat rumah tu cuma aku sorang je tak demam yang lain anak2 termasuk abang sendiri demam. Kesian abang... sabor ek... ujian Allah di bulan puasa ni. Bersyukurlah kerana ia mengugurkan dosa-dosa kecil kita. Insyallah.

Untuk petang ni dari semalam lagi aku nak masak tomyam campur. Tadi waktu rehat ikut k. faizah berbelanja, jadinya dah belilah bahan2 untuk membuatnya. Jadinya petang ni lauk untuk berbuka tomyam, telor dadar dan ikan tenggiri goreng.... tu je...Mudah2an aku boleh makan le harapnya... Untuk kuih nak masak apa ek... takpelah makan je dadih yang buat semalam atau kalau rajin beli pisang nangka ke tanduk ke buat sira... sedap jugak. Atau nak senang beli je... hehehe... tapi kuih apa ???. Dah lama macam nak makan pisang nangka rebus tapi tak jumpa lagi pisang nangkanya....


gambar dari tenek je...

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan Penuh Keberkatan



Insyallah esok kita semua ummat Islam akan menjalankan ibadat puasa. Mudah-mudahan kita diberikan kesihatan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab kita dan melakukan perkara-perkara yang sunat di bulan penuh keberkatan ini. Insyallah.

Puasa tahun ni nak cuba latih Nadhirah untuk berpuasa tapi risau jugak sebab Nadhirah ni bukan yang jenis suka makan nasi. Orang sibuk makan nasi ye sibuk duk tengok tv. Macam-macam alasan ye bagi kalau kita suruh makan.. dah kenyang la... kakak batuk la... ngantuk la... dah makan la... padahal tak makan pun. Nadhirah...nadhirah... apa2 pun semoga Allah mempermudahkan kami untuk melatihnya untuk berpuasa. Tak dapat satu hari pun dapat separuh hari pun jadilah. Bukan apa sudah tiba masanya untuk kita mengajarnya untuk berpuasa kerana melalui berpuasa akan melatihnya untuk bersifat sabar. Insyallah.



Berhabuk Blog dan Lantai Rumah...

Dah lama tak meng "update' diblog ni... bukan takat nak meng"update' login pun tak... huhuhu sadiskan blog aku ni... macam hangat2 taik ayam lak... Bukan disengajakan tapi atas sebab-sebab tertentu aku tidak dapat untuk meng"update' nya.

Dah lama aku tak bercerita pasal ragam anak2 dekat rumah. Dah makin besar Adeeb ni dah makin pandai membuat sesuatu yang menguji kesabaran ibunya.. biasalah budak2 tengah naik kan... Ni kisah ari jumaat hari tu.. Masa maghrib dah siap mandi bagai diam je dengan si Ainul dekat luar ingatkan tengah buat apa rupanya... habis berkabus satu ruang tamu tu... sesak rasanya nak bernafas. Apa tidaknya dituangnya bedak sebanyak2nya atas lantai tu.... dan berguling2 lak tu.... tengok 2 orang tu dah macam apa dah... Aduh...  Adeeb...Adeeb... bila kita ambil melalak dia marah.. Apa2 pun layan aje lah gambar ni...






Dah nangis ibunya ambil bedak tu simpan...

Selasa, Julai 13, 2010

Merangsang Penggunaan Otak Kanan Kanak-Kanak...


Wednesday, 10 February 2010 21:23 Harian Metro .Ibu bapa sering mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat anak sendiri menjadi insan yang pandai.

Satu teknik yang mula dipraktikkan di Malaysia adalah kaedah Shicida iaitu mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar masyarakat Jepun.

Ini kerana otak kanan lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ibu bapa termasuk:

Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur. Usah lakukan dalam keadaan marah kerana ia tidak akan menjadi.

Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya.

Kemudian, kemas bersama. Selain itu, cuba lukis gambar contohnya rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak-anak sambung melukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.

Ini sekali gus dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Difahamkan, penggunaan kayu penyepit makanan boleh mengaktifkan kerja tangan, sekali gus membantu menggerakkan otak kanan.

Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, kembali semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita itu.

Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka barangan berkenaan. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.

Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Cuma, usah lakukan permainan itu dalam tempoh yang lama kerana ia mungkin membosankan, hanya lakukan selama setengah jam sehari.


Khamis, Julai 08, 2010

Indah Dipandang....

Dipetik dari email yang di forward kan. Indah dipandang tapi awas.... ada bahaya yang mengundang.....


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


Dekat rumah aku ada pokok keladi ni tapi corak daun yang lain. Hari tu sekali saja je koyakkan daunnya tapi gatal tak guna gunting jadinya memang gatal yang amat lah tangan aku terkena getah keladi ni... memang rasanya kebas semacam je dengan terasa gatal yang teramat sangat. Dah basuh dengan air yang banyak pun tak hilang2 jugak.... Tapi masih ada lagi pokok ni tersimpan dekat laman tu....

Rabu, Julai 07, 2010

Subhanallah....

Satu perkongsian yang diambil dari email yang di forwardkan. Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..



Rabu, Jun 16, 2010

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan

Dipetik dari sini. Jemput masuk untuk bacaan kita bersama. Post ini adalah untuk ingatan kepada diri sendiri dan juga mengigatkan kawan. Semoga kita sama-sama dapat memperbetulkan sekiranya ada yang salah dalam pelaksanaan kita mengqadakan puasa kita.

Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)


Waktu Qada’ Puasa Ramadhan

  • Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
  • Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa

Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.


Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah

Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.


Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)


Sebab-sebab wajib Fidyah

  1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
  2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
  3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
  4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

SELAMAT MENGGANTIKAN PUASA.....


Jumaat, Jun 11, 2010

Aku Suka Baunya.....


Harum Baunya Si Bunga Kesidang
Terletak Ia di Tengah Laman
Harumnya Menusuk  Pagi dan Petang
Sesiapa Yang Lalu Pasti Tertawan

Hehehe... saje je berpantun sebagai pembuka entry aku kali ini. Tapi yang aku nak ceritapun pasal bunga Kesidang tu lah jugak. Aku suka bunga ni baunya wangi sekali macam daun pandan pun ye jugak tapi lenih harumd ari itu. Lembut je baunya menusuk hidung. Tapi kalau malam2 orang tak tau aku tanam bunga tu lalu kat jalan mesti meremang jugak tu sebab tetiba je berbau harum. Ye lah tu.... ntah2 aku je kut orang lain tak.hehehe..

Bunga ni dah lama sebenarnya dibeli tapi masa tu macam tak nak membesar gitu. Duk gitu je.... tak deperkembangan langsung. Tapi ari tu aku potong batang yang macam nak tak nak maju je tu... dan abg masukkan baja apa tah terus aku tengok ye membesar bagai johan. Jadi moralnya bukan sebab pokok tak nak membesar tapi sebab tuannya yang tak nak jaga. setakat siram air je mana cukup kan... Jadinya aku jugak yang salah.

Tapi sekarang ni nak pergi kerja atau balik kerja aku suka pergi dekat pokok bunga tu sebab harumannya... emmnn......wahh...... harum... Nak cari lagilah pokok bunga yang bunganya berbau harum seperti

Cempaka

Pokoknya dah ada ditanak diluar pagar tapi bila lah ye nak keluarkan bunga. Atau ia pun nak tuannya letak baja baru nak mengeluarkan bunganya. Tapi kat rumah tu cempaka kuning/telor

Kemuning

Pun dah ada kat rumah. Selalu mengeluarkan bunga jugak. Tapi rasanya dah lama jugak kut tak di bagi makan baja.

Yesterday, Today And Tomorrow

Bunga 3 warna. Hari pertama lain, kedua lain dan ketiga pun lain. Dah ada 2 pokok kat rumah tu dalam pasu. Tapi macam nak kene pindahkan kat tanah je kut. macam tak memberangsangkan pertumbuhannya. lagipun selalu daunnya kene makan dek belalang.

Melor

Yang ni belum ada lagi kat rumah ni.

Harum Sundal Malam

Yang ni pun belum ada lagi ni. Dulu pernah cari tapi tak pernah jumpa lagi.

Kemboja

dulu penah tanam pokok ni semasa duk menyewa. Tapi mati sebab kene serang dengan penyakit batang merepuk. Mungkin terlebih air kut. Aku ingat nak beli yang besar je tanam atas tanah terus macam rumah jiran depan tu. Bukan nak tiru dia buat macam tu... Dah lama nak sebelum ye tanam pokok buluh dan mati lepas tu ganti kemboja lagi. Aku suka warna merah hati tu... cantik dan menyerlah bunganya disebalik dedaun nang menghijau...

Semua bunga yang belum ada tu cuma perangan aku je... tak tau lah bila ia akan menjadi kenyataan. Tapi memeng dah lama betul tak pergi kedai bunga kan bang....?? bila ek.. nak buat lawatan ke kedai bunga.hikhikhik..ada makna tu....

Langkah Yang Perlu Diambil Semasa Semburan Racun Penghapus Nyamuk Aedes



Semburan dibuat apabila ada kes demam denggi yang dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan. Semburan kabus pertama dilakukan dalam masa 24 jam selepas notifikasi dan diikuti dengan semburan kedua pada hari ke 7-10 berikutnya.

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa aktiviti semburan

Semburan kabus 'thermal'

  • Semasa proses penyemburan penghuni hendaklah mengosongkan premis mereka termasuklah binatang peliharaan.
  • Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan.
  • Membuka semua pintu bilik dalam rumah.
  • Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti sejuk atau almari.
  • Mematikan api dapur gas dan menutup balang gas atau apa-apa bahan yang mudah terbakar.
 Semburan kabus 'ultra low volume'

Racun serangga yang digunakan adalah selamat pada manusia, haiwan dan alam sekitar. Walau bagaimanapun langkah-langkah keselamatan seperti di bawah amat digalakkan

  • Elakkan diri dari terdedah dan menyedut kabus semburan.
  • Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan, membasuh muka dan menukar pakaian jika perlu.
  • Dapatkan rawatan perubatan jika disyaki mengalami keracunan oleh racun serangga.
Semburan akan dilakukan di dalam sekitar radius 200 m dari kawasan kes demam denggi dikesan.



Cepat Mereka Bertindak Yek...

Semalam aku terbaca dekat stutus FB En. Lutfan  ye tulis rupanya sakit kepala yang dia cakap itu adalah berpunca dari deman denggi. Masa ye datang opis ari selasa ari tu ye cakap mungkin disebabkan duduk rumah barunya tu yang lom aa langsir dan sebagainya lah. Tapi rupanya itu puncanya. Kat mana tu ye dapat gigitan nyamuk aedes tu ek... takut jugak ni sebab rumah aku dengan dia dekat je ni..... Apa2 pun semoga En. Lut dan keluarganya cepat sembuh lah yek...

Petang tu selepas balik kerja terdengar ada pengumuman. tak nampak sapa yang buat. Tapi aku macam dah dapat agak mesti orang kesihatan yang buat sebab ada kes demam denggi tu. Dia org nak sembur racun tu rupanya. Lepas pengumuman dekat taman aku dengar sekali lagi pengumuman dibuat dekat taman sebelah, Taman Melewar merangkap Kolej Kediaman Melewar, UTHM. Dekat pukul tujuh tu terus orang kesihatan sembur racun tu. Kita orang tak keluar dari rumah pun duk kat dalam je tapi masih dapat hidu bau racun tu sebab asap semburan tu boleh masuk melalui lubang tingkap bilik air dan celah pintu sliding tu. Layan gambar yang sempat aku ambil lah yek.





Rabu, Jun 09, 2010

Apa Nak Masak.. Apa Nak Dimakan Ntah...



Asalnya masak ni untuk anak2 je... tapi dah siap tu semua tak nak makan la plak.... sudahnya ibu dengan ayahnya yang kene habiskan satu mangkuk tu.... Ainul je yang makan Adeeb buat main je... Nadhirah tak sentuh langsung. Kita ajak pun ye buat tak tau je. Bawak ni pergi nak suap depan tv pun tak di  layan jugak.

Anak2 yang susah makan ni kadang2 tak tau kita nak masak apa nak suruh dia makan. Kalau terkena angin dia nak makan tu... banyak plak dia makan. Siapa lagi kalau bukan Nadhirah. Ainul bab makan ni, suka nengok dia makan. Adeeb lak jenis tak mo kita suap. Nak makan sendiri. Sudahnya yang masuk dekat perut dengan jatuh kat lantai tu sama banyak je.... takpelah janji nak makan lah jugak.

Tak de Apa2


Adus.... lamanye tak update blog ni... kekeringan idea. Masa kat rumah ingat nak post macam2 .... tapi bila dah datang opis boleh tak ingat lak... Nak wat cam ne... Post ni pun saje je ... sebab  kekeringan idea jadi letak je lah gambar Nadhirah. Hehehe...




gambar diambil masa balik kampung ari tu di rumah chik n ayah.

Jumaat, Jun 04, 2010

Bukit Kluang, Besut

Semasa balik kampung aritu berkesempatan jugak pergi pantai Bukit Kluang main air. Kebetulan dah pergi cari keropok kiriman kawan2 dan juga untuk diri sendiri terus ajelah. Dah satu jalan je... Seronok nengok budak 2 orang tu main air. Nasib baik ada C'Teh dia yang melayan. Kalau harapkan ibunya harap maaf le... main je dekat gigi air tu...

Adeeb sampai tu dah tarik tangan nak naik semula. Sampai gak gigi air main sikit terus mintak ayahnya dokong dan tunjuk nak naik. Rupanya nak tidur... Kesian...

Masa nak balik tu nampak sorang minah tu.... macam pernah ku nampak.... tapi dimana yekk... puas aku pikir... Aku ingatkan ye tak perasan aku tengok dia tapi rupanya dia perasan. hehehe... senyum ajelah.. Aku tengok dia dah nak balik, aku pun dah jalan nak balik jugak saje aku tegur bagi salam pastu cakap macam kenal tapi tak tau dimana. Terus aku tanya nama dia dan perkenalkan diri aku. Terus ye cakap la Za ek... sekolah Teknik... terus kami gelak... kah..kah..kah.. Kami borak2 kejap pastu berpisah. Rupanya ye duk kat Kampung Raja tu je... Rupanya tak berubah cuma saiz badan je tambah sikit...hehehe... dah jadi mak kepada 4 orang anak tu... aku baru 3 je...

Ok lah layan gambar2 yang sempat diambil masa kat pantai tu...