Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, November 10, 2010

Berazam Dari Sekarang



Aku rasa sungguh teruja dan seronok bila membaca blog ibu2 yang berjaya memberikan sepenuhnya susu ibu kepada anak mereka. Insyallah ia sebagai satu dorongan dan pembakar semangat untuk aku meneruskan misi itu untuk baby ku. Mudah2an Allah memberikan aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharunginya.

Melalu apa yang aku baca dalam coretan mereka bukan senang untuk menjadi seorang ibu yang memberikan sepenuhnya susu ibu kepada babynya. Hanya ibu yang betul2 tabah dan cekal yang akan berjaya. Persediaan mental ibu sejak dari awal mengandung lagi adalah perlu. Ditambah juga dengan persediaan dari segi peralatan yang akan digunakan bila ibu mula bekerja. Info2 berkaitan dengan penyusuan juga kene baca dari sekarang sebagai panduan kepada kita untuk menghadapinya nanti. Dan apa yang penting sokongan padu dari seorang suami dalam memenuhi segala keperluan untuk ibu dan baby amat diperlukan.

Semua orang tahu susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita. Segala khasiat ada didalamnya. Tapi aku setuju dengan satu pendapat dari seorang bloger tu... yang mengatakan walaupun begitu kita perlu juga mengambil supplement bagi menambahkan lagi khasiat yang ada dalam susu kita. Jadi dari sekarang aku perlu pikirkan juga apa yang terbaik untuk diri aku untuk kebaikan kepada baby aku. Dalam otak aku ni dah macam2 yang aku listkan untuk aku beli. Mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan ku Insyallah.

Isnin, November 08, 2010

HB Ku Masih Rendah...

Aku ingat dah makan ubat tambah darah ikut aturan, banyak makanan yang boleh menambahkan darah dan tidak mengambil makanan yang mengandungi kafen... result HB aku ari ni akan ok tapi bila dicheck dan dibandingkan dengan yang lepas2 makin rendah plak. Dah kene ambil darah dekat lengan tapi still bawah 11 lagi 10.1 je.... dah tak tau nak buat macam mana dah. Nurse tu suruh aku makan ubat tambah darah tu 4 bijik plak satu hari. Makan jelah nak wat macam mana... Untuk ahri ini aku belum makan nanti lah lepas 2 jam makan baru aku ambil.

Result untuk BSP masih dalam control ,yang pagi dengan tengahari tadi lepas. Ye lah belum makan apa2 kene puasa makan cuma aku minum air masak je... ok je lah. Lepas balik klinik pun aku lom makan cuma makan buah betik je... ada naik skit kandungan gula dari pagi tapi masih dibawah paras yang dihadkan. Al-hamdulillah. Petang ni yang kul 5 dengan yang kul 10 malam punya mudah2an ok lah. Kalu tak esok kene ulang balik. Hari Rabu ni jumpa doc lak untuk pemantauan perkembangan saiz baby. Mudah2an semuanya ok.


Isnin, November 01, 2010

Huh....Diet Kaunseling...



Hari jumaat lepas aku kene rujuk ke pakar 5 Hospital Batu Pahat untuk dengar kan perkara di atas tu.... nak buat macam mana kene lah ikut gak walau pun ada gak aku skip... demi kamu baby... tak pe bersabor je lah untuk 3 bulan je lagi... Lepas tu boleh lah. Kes aku dirujuk ke sana kerana untuk kali ni aku menghadapi masalah Tekanan Darah Rendah (last ari tu check 80/50 je...), HB (Sel darah merah) pun rendah cuma kandungan gula dalam darah je yang tinggi skit.... Maklumlah umur dah makin meningkat ni macam2 masalah lak timbul. Kalu sebelum ni cuma HB dengan tekanan darah je.. tapi tu kadang2 ok. Tapi kali ni makan ubat tambah darah 2 biji setiap hari pun tak jalan jugak.....

Mengikut kata doc. tu punca kandungan gula tinggi dalam darah kerana hormon hestrogen (betul ke... ek... lupa lah..) dalam badan aku tinggi dan ia menghalang fungsi insulin untuk buat kerja iaitu tangkap gula yang ada dalam kandungan makanan yang kita makan. Kalau normal proses selepas 2 jam kita makan, kandungan gula dalam darah kita akan normal tetapi bagi kes aku lepas 2 jam pun masih tinggi.... sebabnya insulin tak buat kerja dia.

Jadinya semua makanan yang mengandungi tinggi kandungan gula seperti madu, susu cair, apa2 je lah yang manis harus dielakkan. Minum susu pun kene minum tanpa gula tapi aku letak juga skit dalam suku sudu kecik je.. biar ada rasa hawa2 gitu tak tawor sangat. Minuman berkafen seperti teh ke kopi ke coklat ke aku kene elakkan sebab HB aku rendah... dan dalam seminggu aku kene ambil 2 kali makanan tinggi zat besi sperti kerang, bayam dan hati (hati tolak tepi....) Aku jugak disarankan makan setiap 3 jam sekali sebab tekanan darah rendah. pagi sarapan 2 senduk mee ke apa2 jelah. pastu 3 jam boleh ambil 3 keping biskut tawar atau sekeping roti tawar je... Makan tengahari dua senduk nasi sayur mesti lebih dari nasi dan seketul lauk. Pastu petang sama dengan lepas sarapan tadi je.... kalau nak makan kuih manis boleh makan sekeping je.... Malam makan berat dan tangah malam sebelum tidur sama dengan minum petang je... Buah cuma boleh makan 2 hidangan sehari. Tetapi harus diambil bersama makanan berat. Maknanya boleh makan waktu makan tengahari dengan makan malam je.... Tidak dibenarkan makan buah ketika perut kosong kerana kandungan gula akan tinggi. Makanan kekacang juga harus dielakkan.

Sabor lah ye... kene ikut jugak walaupun tak berapa betul lagi. Tak pe demi kesihatan baby dalam kandungan. Bukan apa nanti kalau baby yang besar aku jugak yang susah. Tapi masa scan ari tu doc cakap baby kecik plak.... Tak pelah jangan biasakan baby dalam kandungan menerima kandungan gula yang tinggi kut nanti bila keluar ye still nak kandungan gula tinggi dalam badan dia dan bila kita dah normal balik baby plak yang masalah. Mudah2an Allah jauhkan segala penyakit. Amin....


Alahai Mr. Posman....


Selalu aje peti surat rumah ku menerima surah yang salah alamat. Entah le Mr. Posman ni tak baca betul2 agaknya. Asal No. 2 Jalan 3 je masukan aje dalam peti surat rumah aku tu... tak kisah le tu taman mana pun. Dulu ada satu Taman Wira. Aku nya Taman Wira Jaya.... yang hari tu Taman Teratai Jaya dan yang terbaru ni lak Taman Siswa Jaya. Maybe nengok No. 2 Jalan bla...bla... ada jaya 3 tu boleh masukkan kat rumah aku kut. Nak bagi surat cintan kat Mr. Posman tu pun belum buat2 lagi nak bagi memo skit suruh berhati2 bila menghantar surat. Tu aku nengok surat bil semuanya. Kesian empunya bil tertunggu-tunggu mana lah binlnya tak sampai2 bulan ni....

Ada satu tu orang taman aku je ye yang salah kasi alamat. Rumah dia no 20 di letakknya no 2 je... dah tiap kali surat etiqa dia sampai rumah aku... satu hal plak kene pergi menghantarnya dekat rumah dia. Dah cakap kat abang suruh tulis memo kat sampul surat dia suruh tukar alamat tapi tak ditulisnya... Dah le aku ada kes dengan etiqa tu.... duit aku tak nak pulang.... sebabya ye cakap dah pos ke alamat aku. Tapi yang aku terima cuma satu je... sape yang salah...


Rabu, Oktober 27, 2010

Berwajah Baru...

Saje je dah lama nak tukar tapi mcm tak tercari-cari. Ni kebetulan aku nak buat blog satu lagi khas untuk azam ku tu jadinaya alang2 pilih tu yang berkenang tukarkan yang ni sekali. Lagipun melayankan mata yang mengantuk jugak. Entah le time kerja matanya ni macam ada gam gajah yang melekat. Bila time rehat lak nak lelapkan mata tak terlelap plak. Kebetulan lak kerja lom banyak lagi sebab aku lom start lagi proses untuk pendaftaran pelajar baru akhir disember nanti. Ingat awal bulan sebelah ni lah baru nak mula. Tu nak kene pikirkan tempat lain tu.... tak nak wat kat dewan lagi. Maklumlah nak atasi student baru tak nak beratur lama dan tak nak panas. Bos cakap kalau tak nak beratur lama suruh je merangkak...  Entah lah aku dulu beratur lama pun tak bising. Tak tau lah kita sekarang ni terlalu memanjakan sangat studentnya.

Sesi depan pendaftaran pelajar baru beberapa hari je selepas hari raya puasa.... macam mana tu.... C.U.T.I...?? oh tidak... confirm bos tak luluskan... huhuhu.... sedihnye... macam mana nak balik kg ni..... Walaupun lambat lagi tapi dah pikir ek.... maklumlah bab cuti raya ni kene pikir tu....


Khamis, Oktober 21, 2010

Sesi Terjah Menerjah....

Hehehe.. tajuknya macam lain macam je.... Bukan terjah menerjah yang dibuat oleh Melodi tapi sesi yang dibuat oleh kami ke rumah sedara mara area Selayang. Pagi tu selepas bertolak dari rumah Abg Jit kami menuju ke KL dengan tujuan untuk pergi membeli buku library yang hilang masa raya ari tu untuk ganti. Tapi tak kesampaian jugak sebab kedai tu tutup kul 2 petang hari sabtu. Pergi jugak kedai lain area jalan TAR tapi tarak ada. Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Tie ( adik abang) di GreenWood (betul ke aku eja ni....??) nasib baik ada.... sorry ek tak talipon dulu....

Anak2 Tie... Maisarah dan Insyirah. Bulat betul mata Maisarah macam sport light....

 OTW sesi terjah menerjah.....

 Maisarah..... kesian asyik kene buli dengan Adeeb je... tapi bagus dia tak melawan, cool je....
 Beza berapa bulan je dengan Adeeb tapi tahun lain....









Lepas pergi rumah Tie, kami terjah rumah Kak Ma dekat Selayang. Orangnya pun ada. Last sekali terjah rumah abg din dekat selayang baru tapi orgnya tak de cuma ada anaknya je.... masuk jugaklah sekejap. Rumah Emy kami tak terjah sebab jauh nak pergi di Kuala Kubu Baru. Mintak maap yek... bukan tak nak pergi tapi masa tak mengizinkan. Tu rumah sedara mara belah abg je... sedara mara belah aku tak larat nak terjah sebab ia menghala ke Shah Alam dan Klang sana. Lagipun kami nak balik petang tu jugak ke rumah. Hari ahad adalah hari untuk berehat-rehat, mencuci pakaian dan mengemas pakaian yang dibawa...

OTW balik hanya singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh je untuk sholat dan makan. Lepas tu meneruskan perjalanan. Aku sedar2 dh sampai rumah je... lebih kurang kul 10.30 malam.




 Sekali lagi abang akan pergi ke Temerloh jugak dekat dengan raya haji ni... Nak kelantan pun tak dapat sebab dah ada org ambil. Takpelah satu kali jalan jugaklah dengan balik raya... Mintak2 cuti luluslah.


Trip Ke Pekan Jolokan Ikan Patin

Khamis dan jumaat lepas aku bercuti semata2 mengikut abg pergi ke pekan jolokan ikan patin. Mana lagi kalau tak Temerloh. Abang ada menyelia student kat situ jadi apa lagi tak lepas peluang lah untuk pergi ke tempat orang. Besar jugak lah bandar dia tu... Kami menginap di Hotel Sri Malaysia Temerloh untuk satu malam je. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 3 petang. Lepas rehatkan badan dari penat dalam perjalanan, bawak anak2 mandi kolam kat situ. Sebab dah janji dengan mereka untuk mandi kolam jadinya selagi tak dibawa selagi itulah mereka akan menuntut. Tambah2 lagi kolamnya nampak dari bilik lagilah asyik duk dekat tingkap je.. Jadinya aktivitinya hanya temankan anak2 mandi kolam untuk hari itu...... (Layan gambar je lah yek...). Kolamnya dalam jugak le walaupun untuk kanak2. Airnya paras pinggang Nadhirah. Jadinya Ainul dengan Adeeb duk main tak atas tangganye je lah. Aku pun seriau jugak sebab sebelahnya kolam untuk org dewasa.


















Dah lama tak bergambar berdua....




Pagi esoknya selepas sarapan dalam kum 9 lebih tu terus menuju ke tempat student praktikal tu di Hospital Termeloh. kejap je sebab sorang student je...



Sambil menunggu ayahnya pergi jumpa student aku melayan budak2 tu main dekat taman hospital tu. Nasib baik ada tempat mainan kalau tak....




Balik dari hospital tu Ainul lak buat hal nak pergi tepi sungai. Tu yang duk lepak kat tepi sungai temerloh tu...













Dah lepak2 tu lebih kurang kul 11 kami bertolak ke rumah Abg Jit abang kepada abang ku atau dengan panggilan lain rumah abang iparku.... di Felda Sungai Tekam dekat dengan Jengka. Malam tu kami bermalam di situ......