Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Khamis, Mac 10, 2011

Sebulan atau 28 Hari

3 jam selepas dilahirkan

Sekejapnya masa berlalu... dah sebulan atau 28 hari umur Nik Nurin Iffah. Kalau sebulan yang lepas waktu ini aku baru selamat melahirkan Nurin. Al-hamdulillah semua selamat.

Hari ke-2 dah balik rumah

7 hari dah cukur rambut. Cukur sendiri je....

Tadi pagi pun dah pergi klinik. Kesian Nurin dah kene injek. Nangis sampai teresak2. Kalau dulu.... sebulan belum kene injek lagi. Tapi sekarang ni umur sebulan dah kene injek Hep B untuk dos kedua. Berat badannya pun ok lah meningkat dari 2.7kg masa keluar dan sekarang ni dah 3.2kg.

Aku lak 21 Mac ni kene pergi klinik untuk minum air gula sekali lagi untuk tengok kencing manis yang ada masa mengandung tu kekal ada atau sebaliknya. Mintak2 tak de lah cuma pembawakan budak je...

Al-hamdulillah semua tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah kepada Nurin telah diselesaikan. (kecuali tanggungjawab mendidiknya menjadi anak yang solehah je belum selesai dan taka akan selesai....)  Cukur rambut kami buat masa Nurin 7 hari. Bagi nama pun masa 7 hari. Bertahnik pun buat masa 7 hari jugak. Ayahnya buat sendiri je....nak cari org alim kat sini tak kenal sangat Akiqah kami buat masa umur Nurin 17 hari.  Kali ni kami buat dekat Johor. Kalau sebelum ni semuanya buat kat Jerteh. Sunat pun kami dah buat jugak masa umur Nurin 35 hari kebetulan balik kg cuti sekolah (Post edit semula....) Buat sunat kat rumah bidan. Aku tak berani nak tengok kesian.... nangis2 dia..

28 Hari

30 Hari


Isnin, Mac 07, 2011

Suka Tengok Cerita Ni....



Org kata time cuti panjang mcm ni le semua siaran kat tv kita nak tengok kan.... kalau tak semua pun ada lah jugak yang berkenan dekat hati nak tonton selalu. Aku masa mek ada ari tu suka lah jugak tengok tv sebab tak debenda yang nak dibuat. Tapi bila mek dah balik ni cip ajelah mana yang berkenan nak nengok. Sebabnya... tau-tau lah sendiri...

Setakat nak masuk sebulan ni cerita yang akan aku cuba jugak nak tengok cuma dua je rasanya... Nurin Qistina dengan Trilogi Cinta. Cerita Nurin Qistina ni main kat tv 1 ke 2 ek... lupa lak. Dari hari insin hingga khamis kul 3.30 petang. Aku tengok cita ni bukan sebab nama anak aku pun Nurin... tu secara kebetulan je...

Cerita kedua yang aku tengoknya Trilogi Cinta di TV 1 kul 10 malam setiap hari ahad hingga selasa. Cerita ni adalah di adaptasi dari 3 buah buku cerita Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Pengarang buku cerita ni Sharifah Abu Salem. Ada sesapa ada buku ni tak... kalau ada nak pinjam....( aku tanya sapa ne....??? ntah Gee le kut sebab ye yang rajin beli buku cerita...hehehe...). Seingat aku aku dah baca buku Tak Seindah Mimpi tu... tapi ntah lupa le.... dah lama sangat. Yang Tiada lagi mimpi tu memang ada nga aku sekarang ni. Cuba untuk membacanya sekali lagi hehehe..... (Kalau sempat le....Alamak Peraturan Akademik tak hafal lagi ni... janji dengan bos nak hafal masa pantang ni....). Cerita2 lain tu... tengok le kalau rasa nak tengok aku tengok tapi kalau yang dua ni aku akan ingat masanya sebab memang nak tengok. Jom ark... kita tengok cite trilogi cinta ramai2. Rosyam Nor nak sasarkan 2 juta penonton untuk cerita ni... Aceh... tolong promot lak... aku pun nengok cite nidah episod belas2 dah. Cerita ni start dari 2 jan lagi... tapi masih boleh mengikuti kisah yang sebelumnya.


Rabu, Februari 16, 2011

Selamat Ulang Tahun.....



Post ini dikeluarkan secara auto publish. Seandainya masih ada hayat ini, inilah ucapan ku untuk suami ku yang tersayang....

Al-hamdulillah  hari ini 13 Rabiulawal adalah ulang tahun perkahwinan kami yang Ke-9. Mudah2an perkahwinan ini kekal bahagia dalam Rahmat Allah sentiasa. Sama-samalah kita jagai dan bajai rumah tangga kita agar ia sentiasa subur dengan rasa kasih sayang diantara kita, anak2 dan kepada pencipta.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong,
tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur
dan hanya dapat dirasakan
dengan jiwa yang bersih.....
yang ..... sentiasa mencari Tuhan....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta.....,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada Mu
agar bertambah kekuatan ku...
untuk menyintai Mu.....

Ar-Rahman, jika aku jatuh hati
pada seseorang.....
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang
hatinya tertaut kepada Mu...
agar tidak terjatuh aku..
dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...., jika
aku jatuh hati....
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
daripda hati Mu....



Dan hari ini juga adalah hari ulang tahun kelahiran suami ku yang ke 40 kalau ikut kalendar islam. Selamat ulang tahun sayang. Nak tempah kek pun tak dapat sebab Ani tengah pantang nanti kesian Ani terliur tak dapat makan... kesiankan.... hehehe... Orang kata orang lelaki ni...umur 40 an bermulalah kehidupannya yang sebenar. Sama ada menuju kearah kebaikan atau sebaliknya. Ani doakan mudah2an abang sentiasa dalam lindunganNya dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaNya. Amin....


Isnin, Februari 07, 2011

Kapan Tiba Waktunya.....


Hingga ke saat ini aku masih lagi menunggu dan menunggu bilalah tiba saatnya.... Bukan sebab dah tak larat nak bawak tapi dah tak sabar sebenarnya nak melihat sicomel ni... macam mana rupenya... boy ke girls sebab aku scan tak penah boleh nak nengoknya. Baby ku terlalu akif.... Sebab tu la ye boleh pusing lagi kepalanya kejap kat atas dan kejap duk kat bawah... Sabor jelah.... baby tak nak main pusing2 macam tu tau.... kesian ibu nanti bila dah sampai masanya kepala baby masih kat atas. Nanti mcm2 dia org akan buat. Duduk elok2 ye kat dalam tu.....

Risau jugak ni sebab tinggal 48 jam lagi aku diberi peluang untuk bersalin secara sakit datang sendiri. Kalau tak ada apa2 jugak 9hb ni dah kene masuk wad sebab baby tak boleh lebih dari 40 minggu. Mudah2an adalah tandanya sebelum tarikh tersebut. Dan yang paling penting baby tak nak main pusing2 lagi..... kalau tak 3 pilihan yang diberikan sama ada bersalin secara baby songsang (aku pun tak tau mcm mana....) dipusingkan baby tu secara manual..... (K. Norley pernah kene ye cakap sakit.....) atau baby keluar melalui tingkat...(bedah le.....). Kalau korang nak pilih yang mana....??? aku sendiri pun bila doc tanya ari tu...cakap mintak2 semua tu tak berlaku..... Sekarang ni aku hanya mampu berdoa banyak2 agar dipermudahkan segala urusannya dan berserah kepada Nya sahaja.


Isnin, Januari 24, 2011

Fakta Menarik Berkaitan Baby...


16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

•Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan


•Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

•Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

•Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

•Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

•Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

•Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

•Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

•Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

•Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

•Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

•Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

•Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

•Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

•Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

•Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Dipetik dari internet untuk perkongsian bersama.



Isnin, Januari 10, 2011

Kesian Ainul.....

Pagi semalam


petang tu tengok makin membengkak sebab ye rasa gatal agaknya ditenyeh2nya matanya tu...

Hari ni muka Ainul still lagi bengkak terutama dekat matanya. Kesian pergi sekolah tadi cikgunya terkejut tengok matanya yang bengkak dan merah tu... Pesan jugak dekat cikgu mintak tolong kasikan ubat . Kalau ibu dengan ayah yang kasi macam alasan yang dia bagi. Kejap nak makan dengan ayah le.. kejap nak makan dengan ibu la... nak kuning dulu la... macam2.

Adeeb plak al-hamdulillah kene juga sengat dua tempat atas hudungnya tapi bila di letak minyak gamat dah ok. Cuma bangun tidur semalam je tengok bengkak sikit. Hari ni dah ok. Ainul je makin bengkak tengok dekat matanya tu.....

Kami pun tak perasan ada sarang binatang penyengat kat bawah meja batu kat luar tu... Padahal pagi sabtu tu aku duk basuh kasut anak2 dekat kerusi tu je... tapi tak plak diserang. Mungkin budak tu tersentuh sarang nya kat bawah meja tu... Kami pun dah buang sarang penyengat tu dan aku dah tenyeh2 sarang tu supaya hancur. Kesian Ainul meraung2 masa kene sengat tu... mesti sakit sangat. Banyak tempat lak tu kene. Tempat yang sempat sapau minyak gamat tak lah membengkak sangat cuma tu la kat mata tu tak perasan lak terkene dengan bibirnya. Bila ye tidur baru tengok bibirnya membengkak macam kene benda panas. Tai bila disapu minyak gamat al-hamdulillah ok plak yang tu...


Bibirnya membengkak macam melepuh...

sarang penyengat tu sebelum aku musnahkan.... Ada anak2 ye kat dalam tu...

Binatang penyengatnya yang tengah nyawa2 ikan kene spray dengan ayahnya...

Dalam sakit-sakit tu sempat lagi bangun tidur hari ahad tu cakap suruh tukar mata baru... Tanya dia nak tukar dengan sape....?? Ainul nak pakai mata lembu ke...?? ketawa dia.... sabor je lah....

Jumaat, Januari 07, 2011

Doa Pelindung

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.




Kelebihan beramal dengan doa ini... Insyallah,

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t.Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali..




Khamis, Januari 06, 2011

Imaginasi Anak-Anak Ku....

Kehidupan anak-anak seharian dipenuhi dengan imaginasi mereka yang tersendiri. Ini berlaku ekoran terpengaruh dengan pemerhatian mereka dengan melihat kartun, didikan yang diberikan dan pengaruh kawan2. Jadi kita sebagai ibu bapa harus bijak dalam menangani perkembangan anak2 agar ia tidak dipengaruhi dengan unsur-unsur negetif. Insyallah peringatan untuk diri sendiri.

Semalam petang bali sekolah macam biasa aku akan bertanyakan si Ainul tu belajar apa dekat sekolah. Selamba je ye cakap tak lajar pun..... makan nasi je..... Sabor je lah.... Tapi bila kita tanya ada baca A...B...C tak ye cakap ada. Maknanya ye masih belum faham apa itu perkataan belajar kan.... Tak pelah minggu pertama persekolahan. Cikgu pun tak tekankan sangat lagi budak2. Cuma ye latih budak2 untuk bergaul dan menyesuaikan diri mereka je baru.

Balik tu tengok dalam beg sekolah dia ada satu lukisan. Terus tanya dia sapa yang buat. Dia cakap dia yang buat. Aku tanya la ni gambar apa...?? ye cakap mickey mouse... minie... dan tu rumah.... terus kami berdua puji wau... cantiknya... pandai Ainul buat... Tengok sebelah belakangnya ada lagi yang dia lukis... tanya lak ni apa...?? Ye cakap bunga dan rama-rama... ok lah ada rupa la..... Agaknya cikgu suruh lukis apa2 agaknya tu ye lukis mickey mouse tu... sebab memang semua benda dia nak gambar mickey mouse. Kebetulan plak pencil box dia pun gambar mickey mouse. Jom tengok hasil kreatif si Ainul....



Lukisan pertama Ainul.

Nadhirah dulu lukisan pertama dia ada simpan lepas tu dah tak ingat dah letak dekat mana. Tapi ingat la apa yang dilukiskannya. Ye lukis gambar family ada ayah, ibu, dia dan Ainul. Masa tu Adeeb lom ada lagi... Bentuk orangnya kotak-kotak je. Lebih kurang yang aku derafkan dekat bawah ni.... Yang kelakornya buat gambar ayahnya siap ada janggut tu...

Gini lah lebih kurangnya....

Adeeb lak sekarang ni sukakan Ben sepuluh... pantang tengok benda yang gambar ben 10 ye nak termasuk yang dalam katalog pun ye mintak kita guntingkan. Bila ditanya macam mana ben 10 terus ye tepuk atas tangan dia macam ben 10 buat tu.... Baju pun asyik nak pakai yang ben 10 tu je... pandai tu pergi cari sendiri. Kalau dah ambil yang tu usah dipujuk lah pakai yang lain tak makan saman dia....


Ni  baju basahan waktu siang... tapi apakan daya asyik nak baju tu je... kasi yang lain tak nak. Malam pun belasah je pakai....



Rabu, Januari 05, 2011

Proses Penyesuaian....



Proses penyesuaian apa lak ni....??? Macam berat je bunyi tajuknya kan...??. Sebenarnya tak ada apa2 pun.... cuma aku sekarang ni dalam proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan. Ye... keadaan anak dah masuk sekolah rendah dan Ainul pulak dah masuk tadika.

Dalam tempoh 3 hari pertama ni memang aku masih lagi rasa terkejar2 nak menguruskan anak2 dipagi hari walaupun semuanya sudah disiapkan waktu malam. Hari pertama ok lah sebab aku cuti hari tu... hari kedua aku tertidur dulu awalnya dan bangun wat kerja dalam kul 10 lebih. Penat punya pasal. Maklumlah dengan keadaan diri sekarang yang memboyot. Rasa tegang semua urat2 betis rasanya. Hari ketiga pun penat jugak tapi saja gagahkan diri siapkan semua kerja rumah, persiapan untuk anak sekolah esok dan termasuk lipat kain yang terbengkalai 2, 3 hari tu.... Terima kasih abang kerana banyak membantu... jasa mung kukenang hingga ke hujung nyawa ku.... Tu pun dekat kul 12 gak baru dapat tidur...



Hari ni kul 6 lagi aku dah kejutkan anak2 suruh bangun dan kasi susu dulu. Ainul bagus terus bangun je... tapi awas jangan salah langkah kalau tak radio buruknya akan kedengaran yang satu taman boleh dengar... Nadhirah yang liat sikit nak bangunnya. Kakak...kakak....membuatkan kesabaran ibu yang setipis kulit bawang ini sentiasa hilang..... Mudah2an Allah memberikan aku kesabaran yang tinggi dalam menguruskannya.

Kalau ikutkan kul 7 tepat tu kami dah kene keluar rumah sebab Nadhirah sekolah agama start kul 7.15 pagi sampai kul 8.45 pagi...., tapi..... masih belum berjaya lagi setakat ini. Kami keluar rumah pun dah dekat kul 7.10 gitu. Nasib baik sekolah dekat je dengan rumah. Hari ni jugak kami cuba untuk letakkan Nadhirah dirumah seorang je... mudah2an dia boleh la kut sebelum kami mencari orang kat taman tu untuk transit dia dalam 3 jam je..... Nak hantar dekat taska macam tak berbaloi je.... lain lah kalau caj yang dikenakan itu termasuk dia ajar Nadhirah buat kerja sekolah dan ada ngaji. Tak pelah mudah2an Allah mempermudahkan urusan kami. Insyallah. Nanti kul 12.13 dah nak pergi sekolah rendah plak. Kejap je tu...


Untuk seminggu pertama ni cikgu mintak pakaikan baju sukan je dulu. Minggu depan baru start pakai baju sekolah. Seluarnya aku belum jahitkan skit tu... terlabuh sikt.

Lepas hantar Nadhirah sekolah, hantar Ainul lak dekat sekolah dia... Ainul, so far... ok je tengok pergi sekolah. Hari2 balik kalau tanya belajar tak... ye cakap tak lajar la...(masih lagi pelat....) main2 je.... Tapi kalau kita tanya ada baca 1..2...3 atau A..B...C ke..., cakap ada baca lak... sabor jelah... sekolah Ainul start kul 8 sampai kul 12 suku dan petang ye still kat situ jugak sampai kul 5.30 lebih baru ambil.


Bakal seorang Tahfiz. Insyallah mudah2an dipermudahkan

Lepas selesai uruskan Ainul, hantar Adeeb lak dekat taska yang lama. Nasib baik dia ok je walaupun kakak2nya tak duduk sekali denngan dia... Al-hamdulillah. Mak cik yang jaga tu cakap semua orang diam je sebab kene buli dengan Adeeb... Apalah Adeeb ni tak padan dengan kecik je tu.... suka buli orang.



Selesai hantar Adeeb baru boleh pergi kerja. Nasib baik lah semuanya satu jalan dan sekolah dengan taska tu kat satu area je... senang lah skit kerjanya. Tapi macam mana yek kalau abang kene pergi mana2 tinggal aku sorang nak uruskan semua tu.... adus... tak pelah tak nak pikir lagi. Boleh gitu ek...

Petang lak balik kerja dalam kul 5.15 petang terus ambil Adeeb, Ainul dan tunggu sekali ambil Nadhirah yang balik kul 6.05 petang kecuali ari Isnin. Itu lah rutin harian kami setakat ini.....


Selasa, Disember 28, 2010

Sepanjang Jan 2011

Aku rasa peknen kali ni yang paling banyak aku kene pergi klinik buat check up. Jadi penat menunggu aje lah jawabnya. Kalau sekali pergi check up tu orangnya tak ramai tak pe... ni huhuhu..... kalau pergi dalam lingkungan kul 8.00 - 8.30pagi tu.... kul 11 pagi pun jangan harap le boleh siap... kalau tak cecah kul 1 ptg. Tu aku suka pergi petang kalau tak kene ambik BSP 4 kali dalam sehari tu... tapi kadang2 tengok juga... nasib tak baik pergi kul 2 kul 5 juga baru habis.

Ni lak temujanji aku untuk bulan januari 2011 punye... adus... macam mana ni... pening jugak ni... mintak2 masa tu tak banyak kerja sangat. Mudah2an dipermudahkan segala urusan ku... Jom tengok temujanji aku dengan Klinik dan dengan Hospital

10 Jan 2011 (Isnin)
Check di Klinik Kesihatan Pt. Raja untuk 2 minggu sekali ( 2 petang)

12 Jan 2011 (Rabu)
 Taklimat Teman Kamar Bersalin di Pakar 5 Batu Pahat .Syarat untuk suami temankan isteri
                     dalam bilik bersalin. Kalau tak pergi taklimat ni suami tak boleh masuk sekali. (2 petang)

17 Jan 2011 (Isnin)
Pergi klinik untuk buat BSP. Sebelum tu kene bepuasa tak boleh makan dan minum keciali air masak dari pukul  10 malam. Ambil darah kat jari pukul 8.00 pagi, 11.30 pagi, 5 ptg dan 10 mlm. Mudah2an tidak ada yang lebih dari sepatutnya. Kalau tak esoknya kene ulang mana yang tinggi. (8.00 pagi)

19 Jan 2011 (Rabu)
Biasanya kene jumpa doc dekat klinik untuk review result BSP tu.... (mintak2 ye kasi petang)

21 Jan 2011( Jumaat)
Rujuk pakar 5 Hosp. Batu Pahat sebab gula dalam darah tinggi, tekanan darah rendah dan HB rendah. (9.00 pagi)

24 Jan 2011 (Isnin)
Check di Klinik Kesihatan Pt. Raja untuk 2 minggu sekali ( 2 petang)


Layan je lah semuanya.... Ari isnin 3 Jan 2011 ni nak cuti untuk tengok Nadhirah dan Ainul yang baru nak sekolah rendah dan tadika. Hari ni biasa ramai ibu bapa yang ambil cuti untuk selesaikan persekolahan anak2.


Jumaat, Disember 24, 2010

Persiapan Untuk Orang Baru....

Al-hamdulillah sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Sekarang ni aku dah nak masuk 34 minggu. Tinggal beberapa minggu je lagi dah nak keluar babynya. Mudah2an dipermudahkan oleh Nya, Insyallah.

Persiapan untuk sambut orang baru pun Al-hamdulillah boleh dikatakan semua sudah lengkap cuma tinggal nak belikan pampers dengan mandian je belum lagi.... Ingat nak beli Cloth Diapers tu nak cuba dalam 10 keping tapi... entah le... lom order lagi. Baju2 nak pack dalam beg lom buat lagi... tunggu lah dulu.... janji semua dah dibasuh.

Dari segi persiapan untuk aku berpantang lak dah ok semuanya. Jamu2 pun aku dah beli. Kali ni nak cuba yang ni... plak. satu lagi tu aku belikan jelly gamat yang jenama belum pernah beli lagi. Entah le macam mana rasanya tu... harap2 tak le rasa gamatnya. Adik kat kedai tu yang cadangkan tu ambil tu. Kalau tak aku nak beli yang jenama healin je yang biasa guna.



Nasib baik semuanya dalm bentuk pil.... hikhikhik... kalau tak bercinta nak makannya nanti....

Masa Adeeb lu aku guna produk Sendayu Tinggi.... Harganya boleh tahan walaupun aku tak ambil semua yang sepatutnya.... bagi aku ok lah jugak....



Produk ni habis aku makan walaupun dah lebih 60 hari aku tetap makan jugak sebab sayang dah beli mahal-mahal. Cuma untuk barut perut tu je ada lagi separuh aku bagi kat anak sedara.

Aku lupa lak sama ada masa Nadhirah ke masa Ainul aku guna produk ni...



Pun ok jugak. Rasanya macam tehnya je kut yang tak habis aku minum.... hehehe... sebabnya ye bukan pil... Nama dah teh... macam mana nak jadi pil.. sabor jelah. Tapi untuk ketiga2 pantang sebelum ni aku ada tambahan jamu yang dibagi percuma oleh tuan rumah sewa aku lu.... ok jamunya..., jamu kampung. Dah habis pantang pun aku habiskan jugak jamunya sebab orang dah kasikan percuma lak tu... Lagipun dia buatkan dalam bentuk pil, tu yang aku boleh habiskan tu...

Untuk yang kali ni aku rasa ye tak tahu pun aku peknen sebab masa last pergi rumah dia ari tu lom nampak lagi. Dah lama pun tak pergi rumahnya... entah le.... mesti ye tertanya2 kan bang nape lah Nik ni dah lama tak datang... Tapi segan lak plak nak pergi time sekarang kut nanti ye cakap aku nak jamu free lak... Kalau kita bayar bukannya dia nak.

Bertungku.... satu kemestian time berpantang. Dah ada batu sungai tu kat rumah. Janjinya nak kene rajin je bakar tungku tu... harap2 abg masih rajin untuk membakar tungku dan tolong bertungku sekali untuk aku kali ni.... Maklumlah ni kali pertama nak bersalin dekat sini. Padahal mek nak datang pun dari kampung tapi tak tahu le berapa lama dia nak duduk sini. Kalau harapkan aku bertungku sendiri kejap je.... mata terus terlelap dan tungku tu sejuk begitu je... selalu je kene marah dengan mek sebab dibagi tungku aku lak zzzzZZZZZzzzzz hehehe.... tapi tak le selalu.... (bela diri tu...)

Bengkung pun aku tambah satu lagi... saja nak buat gilir2 senang sikit nak cuci. Kalau sebelum ni time nak cuci aku pakai yang moden tu je.... Harap2 kali ni pun masih dapat mengekalkan prestasi kembali kepada bentuk asal dan berat yang asal. Insyallah mudah2an dipermudahkan.....


Khamis, Disember 23, 2010

Mandi Wiladah Dan mandi Nifas

Isu yang selalu menjadi persoalan dalam benak kepala ku setiap kali nak bersalin. Sudah banyak kali jugak bertanya kepada ustazah atau mencari jawapannya dalam enternet untuk mendapatkan kepastian. Tetapi biasalah ada banyak pendapat mengenainya. Ada kata wajib mandi wiladah sebab keluarnya baby ada setengah pendapat kata kat perlu kerana memadai dengan mandi nifas. Aku terbaca artikel ini dekat satu blog yang menerangkan perbezaan mandi wiladah atau mandi nifas. Jom kita baca dan fahami bersama-sama.

Wiladah (beranak) adalah antara perkara yang menyebabkan wajib mandi atau kita biasa sebut sebagai mengangkat hadas besar. Selain daripada wiladah, berjimak (bersetubuh), haid dan nifas adalah antara perkara yang diwajibkan mandi. Ada perbezaan antara wiladah dan nifas.


Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim wanita yang baru bersalin manakala wiladah pula ialah bagi wanita yang bersalin tanpa keluar darah nifas. Keadaan ini boleh berlaku.

Mandi Wiladah adalah mandi janabah (mandi wajib) bagi perempuan yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas. Maknanya, kalau melahirkan anak secara pembedahan dan tiada darah nifas, mengalami keguguran, sama ada janinnya dalam bentuk seketul darah, seketul daging ataupun sudah cukup sifat (dalam kes bayi meninggal dalam perut atau sebagainya), semuanya wajib mandi.

Nifas pula adalah istilah bagi darah yang keluar (daripada rahim) SELEPAS melahirkan anak walaupun hanya setitik. Tempoh yang biasa (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa). Selepas kering darah itu, wajiblah mandi atau mengangkat hadas besar bagi menyucikan tubuh dan membolehkan perempuan itu mengerjakan ibadah (solat, puasa, baca al-Quran dsb) serta melakukan jimak dengan suami. (Nota: Darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau keluar bersama anak tidak dikira darah nifas kerana ia keluar mendahului anak.)

Sama ada keluar darah nifas ataupun tidak selepas bersalin, hukumnya sama – wajib mandi. Ini kerana ia dihukum sebagai orang yang berjunub kerana anak itu adalah hasil daripada air mani perempuan dan lelaki (sila rujuk Kitab Fikah Mazhab Syafie – Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat) .

Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Sebenarnya, sebagaimana yang dijelaskan di atas, mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.

Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana dalam keadaan bernifas?

Islam itu mudah sebenarnya, jadi tak perlulah menyusahkan diri.

Dalam satu Hadis Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Jemaah kecuali an-Nasa’ei, diriwayatkan bahawa baginda bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Wanita hendaklah melakukan ghusi (mandi) dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin sama ada anak itu hidup atau mati”.

Hadis ini menyebut mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas. Tiada dalil mengenai mandi wiladah dan para ulama mentafsirkan mandi wiladah itu sebagai dalam lingkungan mandi nifas juga. Wallahu`alam. (from MakAji Amatullah @ http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/973)


******

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam. (from USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL @ http://ilmudanulamak.blogspot.com/search?q=hukum+mandi+wiladah


Jadi apa yang aku faham di sini hanya cukup sekadar mandi nifas sahaja selepas darahnya kering. Mandi wiladah dilakukan sekiranya kita keguguran dan tak ada darah nifas dan bersalin yang juga tak ada darah nifas. Aku harap pemahaman aku tak silap. Kalau salah abang tolong betulkan yek...

Sama juga dengan sholat disaat kita telah megeluakan tanda2 untuk bersalin sama ada darah atau air. Sebenarnya kita wajib sholat sebab tanda2 itu tidak termasuk lagi dalam kategori nifas yang membolehkan kita meninggalkan sholat. Mudah2an Allah memberikan ku petunjuk agar diri ini tidak terpeson dari landasannya. Amin



Khamis, Disember 16, 2010

Hari Asyura....


Sure belah pantai tumur (imej google...)

Hari ini 10 Muharram 1432 H adalah hari asyura. Teringat plak sure belah pantai timur... dah lama dah tak makan. nak cari kat batu Pahat ni... mana lah ada. Emmmm sedapnya... Aku bukan mengidam tau tapi teringat dah lama tak makan. Kalau mengidam terpaksalah abang kene cari sampai dapat. hehehe... tapi tak le...

Ingat masa dolu-dolu zaman sekolah rendah. Kat kampung selalu buat sure ni... ye macam satu kemestian setiap bulan muharram jiran2 akan berpakat buat dekat madrasah. Seronok masa tu... org2 tua sibut buat kerja kopek bawang, paruk kelapa, siangkan daging ke ayam ke... geng kita budak2 budak ni sibuk jugak hehehe... nak tahu sibuk ape...? Sibuk carikan tempurung kelapa yang yang dia org paruk tu ambil yang bahagian ada mata. Kita orang sibut duk mengikis buangkan saki baki kelapa dan sabuk kelapa dekat tempurung tu sampai licin dan carikan kayu yang boleh muat lubang mata dekat tempurung kelapa tu untuk dibuat tangkai.

Nak tahu..... tujuannya untuk apa...??? Tujuannya untuk masukkan sure yang bila dah masak nanti dalam tempurung tu.... Bila masak je semua budak-budak dipanggil beratur untuk ambil sure tu.... seronokkan  zaman budak2. Ada satu kisah tu... masa tengah menadah tempurung yang dah dibersihkan tu untuk masukkan sure tu... entah macam mana sura yang panas2 tu boleh menitik atas kaki aku... adus.... terus merah dan mengelembung. Nak pakai selipar pun susah. Tapi tak nangis sebab malu le... tapi rasa nak mengelampar (betul ke istilah ni...???) je masa tu... pedih weh.... Sure keras baru sedap dimakan dicicah dengan serunding kelapa. nak makan panas2 pun boleh gak tapi hati2 melepuh lidahnya nanti...

Sekarang ni mana ada lagi... entah lah ada dibuat tak lagi majlis tu kat kampung aku... kalau dekat sini bubur lambuk ke bubur asyura ke sama je... kalau tempat aku sure tu lain ye warna hitam macam kuih talam dan bubur lambuk lak ye macam bubur tapi dimasukkan daun pucuk midin dengan ikan, dan bahan2 lain lagi... emmmm sedapnya.....


Bubur Asyura kat sini... lain kan.... (imej google..)


Ni lak gambar bubuk lambuk tempat aku.... (imej google...)

Rabu, Disember 15, 2010

Berapa Lama Kita Tahan Untuk Menuggu dan Menunggu....



Pagi tadi kene pergi klinik lagi jumpa doc untuk review result BSP yang buat ari senin bawa ke hari selasa tu... Aku sampai dalam kul 8 lebih skit je tapi tengok orangnya yaaaa ampun ramainya..... maybe start dalam no 80 kut dan akunya no adalah 126. tapi sebab aku cuma nak review result tu je tak yah nak ukur berat, BpP dan test urin jadinya rasa lege lah tak yah nak tunggu lama. Tapi SN yang aku tanya tu tetibe je cakap suruh buat jugak yang dah buat  ari senin ari tu... waduh lama sih nak kene nunggu.

Tapi aku derhaka skit..... hehehe... aku pergi tanya orang lain lak kalau just nak review result BPS tu kene buat yang test biasa tu jugak ke...?? ye cakap sebab datang pagi kene lah buat jugak. Aku cakap je habis kenapa bagi temujanji saya pagi lak sebab sebelum ni pergi bilik doc je terus. Doc pun cakap ari tu tak payah buat test yang lain2 tu datang je terus bilik doc bagi kad. Lepas le kat situ aku diminta terus ke bilik doc dalam kul 8.30 gitu...

Dan di sini lah bermulanya episod ku tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Memang no aku lambat lagi naik tapi aku masukkan awal kad dalam bilik doc tapi nurse dalam bilik doc tu panggil ikut no lak. Jadinya orang yang masukkan lambat kadnya pun tapi sebab no. nya lebih kecil dari no aku jadinya mereka akan dipanggil dulu.... dalam kul 9.30 pagi.... lom panggil lagi... still sama org yang no kecil dipanggil dulu walaupun baru sampai kat bilik doc. sabar jelah..... kul 10.30 pagi.... sama lagi nama ku masih belum naik sebab makin ramai org no yang kecil dari aku sudah masukkan kadnya....

Situasi aku...... memang dah gelisah sesangat dah sebab dah penat duduk menunggu kat situ je dalam 2 jam lebih. Aku rasa kalau  diukur tahap stress aku masa tu mesti tinggi. Bahayakan untuk baby aku dalam perut. Aku rasa aku perlu jugak bangun dan pergi tanya nurse kat dalam tu... sebab petang tu pun doc tak de jadi kalau nama aku lambat lagi nak sampai sebab asyik bertambah je kad kat atas kad aku lebih baik aku balik je dari membuang masa kat situ.

Dalam kul 11 tu aku ketuk pintu tanya je... ye cakap suruh sabar. memang aku sabaor je... walaupun 2 jam lebih duduk je kat situ sedangkan org lain kene pergi check banyak tempat tapi sampai situ terus dipanggil. Lepas tu... ye terus panggil nama aku... kat dalam tu just doc tengok result BSP dan bagi tarikh untuk BSP akan datang dan tarikh untuk check up 2 minggu lagi. tu je.... 2 jam lebih menunggu semata2 untuk dapatkan itu je.... penatkan....


Selasa, Disember 14, 2010

Lagi 8 Minggu Je....

Nurse tu cakap sabar ye kak teruskan makan ubat tambah darah ye... 8 minggu je lagi.... Huhuhu... Maklumlah HB aku masih tak naik-naik lebih dari 11 walaupun ini dah minggu ke 32. Nak kata tak makan ubat untuk tambah darah yang dibagi aku makan je hari2 sampai nak BO pun susah sebab katanya aku kurang minum air masak. Nak kata kurang minum air tu tak lah jugak tapi kalau malam memang aku kurangkan sebab malas nak bangun malam, hehehe... walaupun bilik airnya didepan mata.

Kandungan gula dalam darah pun masih tinggi lagi walaupun aku hanya makan karipap kul 7 pagi dan check darah kul 9 lebih. Jadinya tadah je lah tangan untuk dicucuk dengan jarum 4 kali sehari bila pergi buat check 2 kali seminggu. Kalu tinggi dari sepatutnya ulang lah lagi untuk besoknya. sabor je lah yek.... Walaupun ye cucuk sikit je tapi kekadangnya ye boleh terasa sengalnya hingga ke esoknya. Malam ni kene pergi lagi sebab semalam kandungan gula masih tinggi. Nurse tu cakap mungkin kad untuk buat sukatan tu yang rosak sebab semalam 4 orang yang check semuanya lebih dari 8 bacaannya.

Semalam pun bacaan tekanan darah amat rendah. Tak pernah2 70/50 sebelah kiri dan 80/50 sebelah kanan. Kalau paling rendah pun sebelum ni cuma 90/60 je... Pagi sebelum pergi check tu aku dah agak dah sebab bangun tidur tu rasa macam penat sangat2 walaupun tak buat kerja yang memenatkan. Rasa nak jalan pun malas... rupanya tu lah hasilnya...

Bila setiap kali pergi check apa yang dia orang ulang pesan dekat aku... banyakkan makan makanan yang tinggi zat besi. Sayur hijau, kerang, hati, ikan bilis bla..bla...bla... dah boleh hafal dah. Tadah jelah telinga dengar. Nanti kalau HB awak masih rendah nanti awak kemungkinan bersalin tak cukup bulan dan akan mengalami tumpah darah. Lagi satu kalau kandungan gula tinggi nanti baby awak besar dan kemungkinan baby meninggal dalam kandungan. Kalau dengar semua tu memang takut tapi aku nak buat macam mana. Aku sudah berusaha yang terbaik tawakal je lah kepada Allah mudah2an semuanya selamat.


Isnin, Disember 06, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun....

Sekejap je masa berlalu pergi. Kini sudah sampai penghujung kepada tahun 1431 Hijrah dan juga bulan terakhir kepada tahun 2010. Jika diteliti dan direnungkan kembali masa-masa kita yang telah berlalu itu sudah banyakkah amalan kita untuk kita jadikan bekalan  nun di sana nanti dan apakah tekad dan azam kita untuk tahun yang akan datang ni. Adakah kita ingin kelak di takut yang lama atau kita ingin melakukan perubahan dalam diri kita untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sudah pastinya kita semua ingin jadikan yang lebih baik dari yang sebelumnya kan... tapi cukupkah dengan hanya sekadar berazam tapi tidak dilkuti dengan amalan dan perbuatan. Renung-renungkan lah. Sekadar peringatan untuk diri ku sendiri. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk melakukan perubahan dan beristiqomah selalu atau bahasa jepunnya SHITSUKE (Sentiasa Amal). Maklumlah nak Audit 5S ni...

Kat bawah ni ada disertakan sekali Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk kita sama-sama baca selepas asar dan selepas maghrib petang nanti. Insyallah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.


Rabu, Disember 01, 2010

I Don't Believe....

Aku copy email yang diemaikan kepada aku. Macam-macam cara sekarang kan orang buat semata2 untuk menipu... yang herannya macam mana email seumpama ini boleh masuk dalam email rasmi ni... Atau ada tempat yang perlu aku setting supaya spam sebegini tak masuk kat email aku... Satu lagi yang selalu aku terima email dari maybank mintak aku kemaskini maklumat maybank2u aku... wah lah.... ape kehelnye... aku tak de akaun tu le... jangan anggap aku mudah tertipu dengan itu semua....

Conformable Bank-draft November 30, 2010 10:18 PM


From:
"Fedex Express" info@fedex.com

Reply To: "fedex courierdelivery" fedex_courierdelivery@gala.net


I have been waiting for you to contact me for your Conformable Bank-draft of 750.000.00 United States Dollars,but I did not hear from you. Then I went and deposited the Draft with FedEx COURIER SERVICE,Here in West Africa, Please contact FEDEX COURIER for effective delivery.


Contact Person:Fred Frank
Phone number:+2347064951534
Email Address:fedexagent_000@yahoo.gr


Finally, make sure that you reconfirm your full details to them.


1) FULL NAMES:
2) CONTACT ADDRESS)
3) PHONE NUMBER/FAX
4) COUNTRY

Regards
Fred Frank

Tetibe je nak dapat duit dengan tak buat apa2.... kalau dipikirkan secara logiknya pun kan... tak masuk akal langsung... mana ada duit datang jatuh tergoleh didepan mata....