Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Isnin, Mac 19, 2012

Bersih Sudah...


Al-hamdulillah bersih sudah diriku dari bebenan hutang belajar dulu. Sudah 12 tahun habis belajar baru habis bayar ek....??? Lamankan....?? nak buat macam mana itu lah prosedurnya kena buat bayaran dalam tempoh 120 bulan untuk potongan gaji. Kalau nak pendekkan tempoh boleh jugak tapi bayar lebih lah. Aku dah start potong jgaji dari awal teruskan jelah sampai habis. Hutang mesti dilangsaikan. Pandai pinjam pandailah bayar kan???

Tapi itulah pelajar sekarang  ni belum habis belajar dah ada hutang yang menunggu. kalu tak habis belajar... pun tetap ada hutang yang menunggu. Tu belum masuk hutang kereta, hutang rumah dan bermacam2 hutang lagi...Kesian..... itu lah keadaan kehidupan sekarang.

Dan bagi diriku, Al-hamdulillah sudah selesai semuanya. Sepatutnya dari bulan satu hari tu lagi dah terlebih bayar tapi terlupa nak hantar surat mintak stopkan potongan gaji sampai masuk gaji bulan 2 baru buat pemberhentian potongan gaji. Untuk bulan 3 ni insyallah duit tu boleh digunakan untuk simpan... hah... SIMPAN??? biar betul...... hehehe (kut lom sempat simpan dah ada rancangan nak beli benda lain) atau topup modal untuk beli SHAKLEE (kalau yang ni lagi baguskan....?)

Tengah berangan...

agak-agaknya banyak tak beza gaji baru yang baru diumumkan tu ek...???. Denagna kenaikan gaji sebanyak 13% x RM@ad524 + KGT = RM*&%d?? berapa lah agaknye.... nanti lah nak cuba buat pengiraan sendiri... (kalau rajin la... atau tunggu je). Tapi macam nak asah bakat pengiraan dan pemahaman jugak... huhuhu.....


Khamis, Mac 08, 2012

Separuh Hari Sendirian Di Rumah

Rasanyalah kan... kalau dapat sehari lagi saya duk rumah sorang2 rasanya habis kerja saya buat siap mengemas dari dalam rumah sampai luar rumah rasanya..... huhuhu penat sesangat. Semalam sehari memang sengaja ambil cuti tapi pagi tu anak2 hantar taska. Sebabnya saja nak rehat2. Bukan rehat2 goyang kaki ye... tapi dengan erti kata lain rehat2 keluarkan peluh....sampai menjejeh-jejeh peluhnya. Lagi pun minggu depan pelajar dah start exam dan jadinya jangan harap boleh mintak cuti dan lepas exam tu banyak benda nak kene selesaikan. jadi aku pintas dulu cuti awal tapi sehari je....

Pagi lepas hantar anak balik rumah terus aku pulung wat kerja. Start atas rumah dulu dengan 6M (Menyisih, Menyusun, Menyapu, Mengelap, Mencuci dan Menyidai). tapi nak Mengemop satu lagi tak sempat lak.... dah selesai dalam kul 10 terus keluar rumah. Sesi mengeluarkan peluh pun bermula. Ambil gunting besar terus aku potong lalang yang kejap je meninggi  kat laman rumah tu. Nasib baik tak semua tempat lalang ni tumbuh cuma kat bahagian2 tertentu je... Terus potong n potong... peh...... memang penat.... baru terpikir macam mana lah orang yang kerjanya sehari2 duk tengah panas terik matahari buat kerja macam tu k... insaf kejap. Tapi tak sempat habis pun aku potong tapi boleh la setakat pandangan mata hatiku ini.... Lepas tu ambil cangkul bersihkan sikit pokok serai wangi yang dah tak terbela tu... Hari minggu tu abg dah buang separuh. Tapi tu masih ada lagi nak kene wat sikit2 hujung minggu ni la agaknya. Tapi kene buat sendiri lah sebab abg dah start kelas.

Pukul  12 t/hari masuk rumah hilangkan panas sekejap terus bersihkan badan. Walaupun penat tak lupa tunaikan tanggungawab perah susu untuk stok Nurin.... Al-hamdulillah. Lepas tu  terus bergegas masak  pulak. Kut abang balik nak makan. Al-hamdulillah dalam kul 1.30 dah siap. Lepas zohor terus ambil Adeeb dengan Nurin. dah kerjanya pun terbatas. jadi cuma dapat lipat kain je lah sambil main2 dengan dia orang tu. Al-hamdulillah walaupun penat tapi rasa happy sangat dapat buat apa yang nak buat. Takde apa pun cuma buat kerja harian kat rumah je tapi rasa lapang, tak stress, tak serabut.... huhuhu...

Petang dalam cuba pulak wat apam dot-dot... senang je rupanya buat apam ni.... hehehe... dah lama google resipi apam ni tapi lom beli barang2nya. Semalam pergi beli tu terus buat dengan semangatnya. Dan hasilnya tak mengecewakan cuma boleh di tambah baik untuk masa kan datang...


Apam dot-dot... (resipi update kemudian)

Rabu, Februari 29, 2012

Dah Macam kaki McDonald's



Minggu lepas belikan si Ainul selipar ganti yang dah putus tu. Tak pergi jauh pun... kat Parit Raja je... maklumlah lepas balik kerja nak menuju ke Batu Pahat nanti lambat pulak. nak tunggu hari minggu mau nak cipta alasan2 untuk menjawab pulak. Dahnya pergi je kedai sebelah Save n Save tu je... Dapatlah satu untuk si Ainul. 

Dan Adeeb pulak ternampak pulak kasut Ben 10 tu.... tapi berjaya pujuk la sebab kasut tu besar dan takde saiz dia pun.... tapi dari sehari ke sehari, siang malam pagi petang asyik cakap nak kasut tu je... sampai tiap pagi sampai je dekat pintu taska terus buat keras tak nak keluar kereta nak kasut Ben 10 tu....  last2nya cuba cari kat kedai lain area Pt. Raja ada jumpa kasut lain yg muat dengan dia tapi tak nak. Akhirnya pergi balik kedai dan semestinya terus ambil kasut yang dia nak tu. Tak kiralah maut ke tak janji nak beli.  Nak tak nak kami beli ajelah dari duk mengamuk tiap pagi nak kasut tu.... Adus Adeeb...Adeeb... nak tidurpun siap letak sebelah kasutnya.... dua hari sebelum tu tidur berpelukkan kereta. Huh.... anak jantan ni... macam2 hal lah....

Saiz paling kecil 35


Agak2 lah berapa tahun lagi kasut ni betul2 muat dengan kaki dia atau kasut ni dah rosak pun lom boleh pakai lagi.

Hari2 nak pergi taska pakai kasut ni .... dah macam kartun jalannya.....


Jumaat, Februari 10, 2012

Aksi Si Nurin...

Tiada cerita just nak kongsi gambar Nurin yang sudah banyak karenah. Nak main tapi satu tangan lagi mesti pegang kain ibu kut ibu lari.... Malam tadi saje je lepe dia saya bangun pergi dapur. Lepas tu dengar suara dia menuju ke dapur saya menyorok... Nangsi tak jumpa cari... kesian.... saje gurau2 pastu kuar la....



suka sangat masuk bawah meje lepas tu terkial2 nak keluar tak boleh...

ba....chak...


ibu ngemas peti air, masuk peti ais.... 

ibu nak cuci baju nak masuk dalam mesin basuh...

3 dara kami...


Hari Lahir Nurin = C'Teh...

Hari ini 10 Februari 2012 adalah hari Nurin dilahirkan mengikut tarikh org putih kalau org tua cakap. Al-hamdulillah sudah genap setahum nurin dengan susu ibu. Saya pun tak sangka jugak dah setahun dapat susukan Nurin dengan susu ibu tanpa campur dengan susu FM. dan Insyallah akan meneruskannya lagi untuk tempoh setahun lagi. Mudah2an dipermudahkan segala urusan olehNya jua....

Jika diingat kembali detik2 menyambut kelahiran Nurin dulu.... disaat dan waktu ini tengah duk menahan sakit yang pastinya bukan sedikit kerana ganjaran yang Allah berikan dari kesakitan itu sungguh besar. dan bersalinkan si Nurin ni saya bersyukur sangat kerana Abg masuk sekali untuk sama-sama merasai dan melalui detik-detik tanguisan pertama si comel ini....

Al-hamdulillah berkat menahan kesakitan dari pukul 1 pagi lagi sampai ibu tak tidur malam duk berjaga je.... (tapi tak risau sangat sebab memang dah berada dalam wad sebab kene masuk wad awal). Pagi tu cuma hanya bersarapan dengan roti kosong 2 keping dan susu yang tawa lemba @ tawa hebe... (loghat saya le...) yang semestinya tak mengenyangkan lah.... kul 11 pagi doc check jalan dah bukak 5cm. Terus doc suruh masuk. Mintak masuk lepas makan tengahari pun tak kasi. Jadi dengan perut lapar masuk jelah dalam LR untuk bersalin.

Dari pukul 11 lebih masuk sampai kul 3.45 petang baru bersalin. Peh..dengan lapar yang tak boleh nak cakap rasa memang takde tenaga langsung nak bangun. Tengah sakit2 pun saya boleh lagi cakap dekat abg nak tidur sebab tak larat sangat. Tapi bila kesakitan datang sedar balik....  Abg mintak nak keluar dulu pukul 2 untuk sholat tu saya tak risau akan terbersalin masa abg takde sbb dah tahu jalan buka 1cm 1jam jadi memang budget akan bersalin dalam kul 3 lebih je... Memang lepas baby keluar dan siap jahit luka tu terus saya tertidur kat situ. Baby pun tidur sama sampai saya kasi puting suruh hisap pun tak bangun. Mungkin penat mcm ibu dia juga tu.... Pukul 7 malm baru saya ditolak masuk wad selepas habis sebotol masukkan air. Perut ni jangan cakapla lapar yang tahap kebulur sampai nak duduk pun tak larat. Abg pergi belikan nasi dengan sup kat kedai tolong suapkan lepas tu rasa ada tenaga sikit nak bangun jalan pergi bilik air.... Nurin pun nasib baik tak menangis... Al-hamdulillah sudah setahun kenangan itu telah berlalu tapi mcm terasa baru je... dan rasa masih gerun lagi nak bersalin....

Hari ini jugak adalah hari lahir adik saya.... CIKGU ZALINA BINTI SAID yang ke...??? Semoga Allah memberikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu berdua..... Usah berputus asa.... rezeki Allah itu tetap ada Insyallah....


"...C'teh 'n" Nurin..." Selamat Hari Lahir 10 Feb.


Inilah orgnya yang setahun hari ni....



Rabu, Februari 01, 2012

Semalam 7 Rabiu Awal 1433 H



Sudah lama menyepikan diri daripada membuat coretan dan meluahkan rasa atau berkongsi cerita... Hari ini saje mencuri kesempatan sedikit untuk mengabdikan kenangan indah yang terukir setahun yang lepas.

Al-hamdulillha semalam genaplah setahun umur Nurin berada didunia ini... Perkembangannya setakat ini dah pandai bangun sendiri dan mula nak belajar melangkah. Semalam tengok dua tiga kali cuba melangkah tapi gerak sikit je lepas tu jatuh... tak pe anakku... cuba lagi.... Insyallah...

Ibu, ayah, kakak Nadhirah ,Kakak Ainul dan abang Adeeb doakan semoga Nik Nurin Iffah diberikan Allah kesihatan, keselamatan yang baik, Membesar menjadi anak dan adik yang baik, dan sentiasa dalam lindunganNya sentiasa. Amin....

Semalam pergi checkup bulanan Nurin kat KK Pt. R***. Saya kecewa dengan statment yang diberikan oleh JM tu.... "anak akak ni.. berat badanya nya tak cantik....minum susu apa...?? Susu ibu semata... Patutlah.... bukan nak kata....susu ibu tak cukup zat.... " AllahhuAkhbar.... jadinya pada pandanngan dia susu lembu yang lebih berzat dari susu ibu.... Sedih sangat org yang sepatutnya lebih tahu tentang penyusuan susu ibu tapi cakap macam u.. sedangkan klinik tu ada gantung banner KAMI MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU....

Jumaat, Disember 30, 2011

Testimoni Basic H

Ok, hari ni saya nak kongsi pengalaman saya gunakan Basic H ni. Sebenarnya dekat sebulan jugaklah saya dah gunakan Basic H ni terutamanya untuk mandikan si Nurin yang kulitnya gatal2 dan jadi kering di area lipatan tu.... Dan Al-hamdulillah sekarang ni tengok di lipatan kakinya dah tak de kulit kering tu.... dia pun dah tak tergaru-garu lagi dah. Al-hamdulillah. Gambar tak de plak saya ambil untuk dijadikan bukti. Tapikan buat apa saya nak tipukan kalau dah benda tu betul.

Dan satu lagi testimoni saya buat untuk hilangkan gula-gula getah yang melekat di kain lampin si Nurin angkara abang dia yang buat lap gula-gula getah. Dah lama benda tu terlekat kat situ tapi nak buang macam mana dah cuba banyak cara untuk hilangkan tapi tak tanggal jugak termasuklah orang cakap letak dalam peti air biar dia keras lepas tu kopeklah gula-gula getah tu tapi tak jadi jugak....



Dan akhirnya masalah tu selesai dengan hanya titiskan beberapa titis Basic H tempat gula-gula getah tu melekat lepas tu disental sikit je dengan tangan. Dan hasilnya..... tada.....



Berminat untuk dapatkan Basic H Shaklee....?? apa tunggu lagi boleh hubungi saya ditalian 012-7169780. Berbaloi-baloi menggunakannya dengan 1001 kegunaan tu. Saya pasti anda tak rugi membelinya.


Rabu, Disember 28, 2011

Basic H 1001 Kegunaan

Saya pun baru mencuba  Basic H ni untuk Nurin yang kulitnya selalu merah2. Biasalah kita nak jual mesti guna dulukan baru tahu keberkesananya. Jom baca apa kata mereka yang dah lama gunakannya.

credit


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak) Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkan kecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


KEGUNAAN SEMASA KECEMASAN

1. Menghapuskan kutu di atas kepala Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor) Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit) Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Jumaat, Disember 16, 2011

Anda Seorang Pelajar...Cuba Lecithin



Kenapa saya sarankan supaya anda mencuba Lecithin tu.... Kerana Lecithin membantu agar saraf otak menghasilkan KOLINA. Tentu anda nak tahu apa itu kolina kan.

KOLINA adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Fungsi otak adalah untuk berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan bercakap, tidur, penghadaman dan banyak lagi. Kolina ni sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.

Jadinya sesuaikan untuk anda yang bergelar student atau pun pekerja juga. Maklumlah bila umur semakin meningkat memori kita juga akan semakin menurun kan...


Apa yang bestnya bila kita amalkan pengambilan lecithin ni.... ia bukan sekara untuk meningkatkan kecerdasan otak kita malahan ia boleh memecahkan lemak2 yang terkumpul kat perut tu... terutamanya... Kalau nak tahu jom baca apa kata mereka yang dah cuba Lecithin ni...

Testimoni 1
Nani~setiap malam b4 tido, saya akan ambik 3-4 capsule of Lecithin.yang ni pun bagus gak..mmg seriously bakar lemak. setakat ni if saya makan lecithin sahaja without cinch,at least I lost 200-300gram per day..sometimes till 400gram per day,

Testimoni 2Aula~..aku memang suka sangat dengan Lecitin..(dulu dia kata dia notice rambut nampak cantik dan bila went for exam,lebih power otaknya..hihi)

Testimoni 3
Intan~ Salam Kak cery..dok mkn tablet2 shaklee ni..alhamdulillah terasa keberkesanannya. Intan minum plain water yg disarankan.Badan rasa ringan perut tak buncit sangat dah..takdelah rasa sengkak sangat...

credit

dan Testimoni saya sendiri. Al-hamdulillah saya juga ambil lecihtin ni sebab bila  rasa perut ni dah buncit. Maklumlah selera makan sekarang ni dan meningkat sikit. Jadinya nak elakkan ketidakselesaan,  saya amalkan dan al-hamdulillah rasa macam berkurangan lah masalah tu. Dan untuk suami, saya suruh gak ye makan ni sebabnya ia bergelar mahasitua (bak katanye lah... tapi awet muda lagi...) sekarang ni.... jadi dapat membantu dalam pembelajarannya dan menyelesaikan juga masalah perut buncit.

Sebotol mengandungi 180 capsules RM52. Anda berminat untuk mencubanya.....??? apa lagi SMS kepada saya segera ke no 012-7169780.

Rabu, Disember 07, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

Salam Ceria untuk semua. pagi tadi OTW datang opis dengar radio era Sinar kebetulan Dato' Fadzilah Kamsah tengah bagi motivasi pagi. Tertarik dengan doa yang disarankan untuk kita amalkan setiap pagi. Jadi saya google doa tu dan terjumpa di http://suarapesanan.blogspot.com/. Dato cakap dekat FB dia pun ada tapi saya tak jumpa cari. Jadi di sini saya ingin kongsikan doa Pembuka 12 Pintu ini. Semoga kita mendapat keberkatan darinya Insyallah.




Ya Allah, bukakanlah untukku (dan ahli keluarga ku) pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Khamis, Disember 01, 2011

Yakin Pada Diri Sendiri Insyallah

Salam ceria... dah lama tak berblog memandangkan sibut memanjang sehinggakan kerja pun buat balik rumah. Sampaikan hujung minggu lepas rasa badan macam dah seram sejuk rasa macam nak demam je... Tapi Al-hamdulillah tak jadi demam. Mungkin kesan dari pengambilan vit Shaklee ni...  Al-hamdulillah.... Tapi masa badan rasa seram sejuk tu... dua hari jugak lah hasil tenusu merudum sesangat. bukan sikit tapi banyak..... sampai saya fikir adakah setaka ini saja yang mampu saya berikan pada Nurin....

Sedih sangat..... risau pun ada... apa taknya sekali perah dapat 1 oz je... kali kedua perah pun sama dapat 1 oz dan kali ketiga baru tambah sikit dapat la dalam 3 oz. nak bekalkan untuk hari ni pun tak cukup. Dah kene keluarkan stok beku yang dah tak berapa banyak tu.... risaunya....

Tapi saya tak nak patah semangat dengan mudah. Saya yakin pada diri yang susu masih banyak lagi dan cukup untuk Nurin dan Al-hamdulillah hari ni sekali perah dapat segini......



Al-hamdulillah syukur Ya Allah. Walaupun orang lain sekali perah dapat lebih banyak lagi dari saya tak kisah la... sebab susu yang dihasilkan adalah bergantung kepada keperluan baby kita. Anak saya minum 12 oz je kat taska sehari. Kekadang tu ada jugak tak habis kekadang tak cukup pun ada.... tapi biasanya sempat balik la...

Jadi yakin pada diri dan set dalam minda susu masih banyak... dan jangan lupa konsisten ambil vit untuk badan sihat Insyallah, minum banyak air masak 3L sehari (saya jarang sampai ni...), pamp kerap  2-3 jam sekali. dan berdoalah..... 


Rabu, November 02, 2011

Anda Ada Masalah Kolestrol ????



Al-hamdulillah dalam 2 tiga hari lagi dah nak sambut Raya Haji. Tentunya ramai yang tak lepas peluang untuk buat korbankan. Jadinya sudah tentulah makanan kita hari2 dalam jangka masa raya haji tu asyik daging je... kan.... lagi-lagi kalau yang pengemar daging kambing (saya lah tu...). Sudah tentunya kadar kolestrol akan meningkat kan. Tak kiralah orang tu badan kecil molek ke besar ke... kolestrol tetap ada dalam badan kita sebab iya ia penting  untuk beberapa fungsi seperti membina membran, menghasikan cecair hempedu dan hormon. Namun, kolesterol yang tinggi dan berlebihan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kerana kolesterol terkumpul di dalam arteri (salur darah utama). Kenaikan paras kolesterol juga menjadi punca kepada penyakit batu hempedu, mati pucuk dan darah tinggi dan paling ditakuti adalah SAKIT JANTUNG & STROK

kredit to....MamaLyna

Apakah vitamin/supplement yang sesuai untuk menurukan kadar kolesterol?




Fiber Plan Unflavoured – Nyahkan protein berlebihan di dalam darah.

Pernah tak tengok satu iklan di TV? Katanya kadar kolesterol saya turun 30%. Itu sebenarnya adalah fungsi serat. Di Shaklee kami mempunyai Fibre Plan Unflavoured, serat yang berbentuk serbuk dan rasa seperti nestum, amat sesuai untuk mereka yang menghidap kolesterol tinggi. Serat tersebut akan mengikat kolesterol berlebihan dan menyingkirkannya dari tubuh bersama-sama bahan buangan.




Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL

Omega Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan EFA (essential fatty acid), atau asid lemak perlu. Asid lemak jenis Omega-3 membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL (kolesterol baik). Kolesterol baik ini akan mengeluarkan kolesterol dalam pembuluhd arah agar tidak terjadi pengenapan kolesterol di situ.



Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah Bawang putih telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol.






Lecithin

Lecithin meneutralisekan kolesterol dalam darah. Ia membantu mengurangkan kadar kolesterol kita. Ia adalah peng-emulsi kolsterol yang yang utama. Contoh untuk mejelaskan perkataan emulsi ialah apabila kita membasuh pinggan berminyak dengan sabun, minyak itu akan ‘luruh’ mengikut buih sabun. Begitulah kolesterol di-emulsi oleh lecithin.

Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah.

Fungsi vitamin E dalam penyingkiran kolesterol ialah, vitamin E menguatkan lagi fungsi lecithin. Vitamin E memudahkan penyerapan lecithin oleh tubuh. Vitamin E juga menjaga kesihatan pembuluh darah, menjadikannya lebih fleksible sekaligus mengelakkan pengenapan kolesterol.


Di samping itu, mereka yang mengalami kolesterol tinggi boleh mengambil vitamin asas seperti Vita Lea, B Complex dan Vitamin C sebagai memenuhi keperluan harian tubuh. Malah vitamin-vitamin asas ini juga membantu membekalkan tenaga, mencantikkan sel, menyokong sistem imuniti badan dan sebagainya, termasuk mengawal tekanan dan stress.

Minum air, rehat yang cukup, menjaga pemakanan dan bersenam adalah perkara2 keutamaan yang tidak boleh diambil mudah oleh mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Cara hidup sihat, gaya hidup sihat, makan cara sihat, amal ibadah yang sihat, insya-Allah selamat.



Hubungi saya Zarani@uthm.edu.my atau aniraz77@gmail.com atau call 012-7169780 untuk mendapatkan produk-produk di atas, atau cadangan produk paling minimum sekiranya anda mengalami kekangan kewangan.

Jauhi lemak tepu, produk tenusu dan kafein



Selasa, Oktober 25, 2011

Shaklee : Eu-Four Pack

NEW SET LAUNCHING!!!!


SET BREASTFEEDING - Eu-Four Pack (terbukti lebih berkesan sebagai milk booster!!!). mengandungi :

Multivitamin, B kompleks, Vitamin C serta Kalsium [ Ostematrix].
... Harga untuk set ini ialah RM296* .


Untuk promo pelancaran, ada tawaran istimewa.
Trial pack RM130
Fullpack RM245.

Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Promosi sehingga 31 oktober sahaja!! DAPATKAN SEKARANG!!! dari saya....
 
 

Isnin, Oktober 24, 2011

Lecithin, Berfungsi Membakar Lemak


Cara hidup dan pemakanan hari ini banyak menyumbang kepada faktor kegemukkan dan berat badan yang tidak ideal. Ditambah apabila sibuk sehingga kita lupa pentingnya bersenam dan pengambilan makanan yang tinggi lemak menjadi pilihan pemudah cara kerana desakan cara hidup itu tadi.


Bagi mereka yang prihatin dan sentiasa memastikan membuat pemeriksaan doktor pasti akan pastikan pengambilan langkah berjaga-jaga sebelum penyakit datang mengundang. Adakala tanpa kita sedari, pemakanankita hari ini adalah penyumbang utama penyakit yang kita dapat di masa akan datang.

Sebagai contoh minuman manis, makanan yang tinggi gula , makanan bergoreng, makanan kaya lemak antara penyumbang kepada penyakit kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan sakit jantung.

Oleh kerana faktor inilah, kami sekeluarga menyediakan bahagian duit bulanan untuk membeli supplement. Terutama untuk mengawal tekanan darah, gula dan kolestrol. Antara vitamin termurah yang saya yakin mampu dimiliki oleh ramai orang ialah Lecithin Shaklee. Jika dibandingkan dengan harga dan kuantiti yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Kini mak saya sendiri beserta beberapa orang adik beradik saya sangat menyukai Lecithin. Antara kesan yang diperolehi ialah, senang dan lawas ke tandas dan mengatasi masalah sembelit, mendapat bentuk badan yang menawan, bagi adik saya yang menyusukan anaknya mendapati dengan pengambilan Lecithin anaknya tidak mengalami masalah sembelit lagi. Alhamdulillah.


Bagi ibu-ibu yang menyusu, Lecithin lebih selamat diamalkan kerana fungsi Lecithin itu sendiri selain dari bakar lemak, ia bagus untuk elakkan masalah bengkak susu serta ia bagus untuk perkembangan otak anak selain saranan pengambilan omega yang sedikit mahal harganya berbanding Lecithin.

Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, saranan saya cuba amalkan pengambilan Alfalfa dan Lecithin kerana dua ini sangat membantu dalam proses untuk dapatkan bentuk badan yang asal.

Sekiranya tidak mampu untuk bersenam setiap hari memadai memastikan kita dapat melakukan aktiviti beriadah ini dua kali seminggu memastikan jantung kita dapat berfungsi dengan baik selain ianya membantu membakar lemak yang baru berkumpul dalam badan kita.

Walau bagaimanapun pengambilan yang salah cara terutama dengan pengambilan Lecithin tidak akan menampakkan apa2 hasil maka, dapatkan konsultasi dari pengedar anda selepas membeli vitamin ini.

Sila email kepada zarani@uthm.edu.my atau aniraz77@gmail.com atau boleh SMS ke 012-7169780 untuk mendapatkan harga ekslusif dari saya.



Jumaat, Oktober 21, 2011

Kehebatan Seorang Ibu

  •  Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
  • Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. 
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 
  • Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
 Subhanallah... mulianya seorang wanita yang bergelar/akan bergelar seorang ibu. Jadi apa tunggu lagi ambillah peluang ini untuk menjadi seorang ibu yang akan dikurniakan oleh Allah dengan seribu kebaikan dan Rahmat dariNya dengan memberikan susu ibu kepada anak kita dari lahir sehinggalah umur 2 tahun. Semoga saya dan anda semua tidak mudah berputus asa dalam berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 kita.

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkan susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalanku untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anakku agar menuruti apa yang telah Engkau syariatkan. Amin..."


Jadi kita sebagai ibu, haruslah berusaha untuk menjaga kesihatan dengan baik bagi memastikan penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun dapat dijayakan. Untuk memastikan badan kita sentiasa sihat kita haruslah mengambil makanan yang seimbang. Tapi sekitranya kita tidak mampu untuk mengambil makanan yang seimbang setiap hari apa kata kita mengamalkan pemakanan vitamin Shaklee. Set yang boleh anda ambil adalah


Euphoria SET B (Breastfeeding) - untuk ibu2 menyusu
30 biji Vitalea/ Multivitamins
30 biji B Complex
30 biji Vitamin C
60 biji Alfalfa

 
  •  AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu
  • Alfalfa tidak sesuai bagi mereka yang menghidap SLE dan tidak digalakkan untuk mereka yang mengandung
  • Sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tidak seimbang
  • Mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
 Macam mana, Anda berminat nak mencuba???. Apa tunggu lagi....


Sila email kepada zarani@uthm.edu.my atau aniraz77@gmail.com atau boleh SMS ke 012-7169780 untuk mendapatkan harga ekslusif dari saya. Tak mahal murah saja dan mampu untuk dibeli oleh semua orang.


[DISCLAIMER: SET INI HANYA BOLEH DIDAPATI DARIPADA SAYA DAN JARINGAN EUPHORIA SAHAJA..TAWARAN INI TIADA KAITAN DENGAN SYARIKAT DAN SHAKLEE TIDAK MENAWARKAN SEBARANG PROMOSI TRIAL PACK ..HARAP MAKLUM!!]


Rabu, Oktober 19, 2011

Euphoria Trial Pack Shaklee

1. Euphoria SET A (Optimum Health)
30 biji Vitalea/ Multivitamins
30 biji Complex
45 biji Vitamin C
  • Untuk mereka yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung, menyusukan anak dan warga emas.
  • Mereka yang sentiasa sibuk dan mempunyai gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang.
  • Mereka yang selalu stress, keletihan,  dan mudah mengantuk.
  
2. Euphoria SET B (Breastfeeding) - untuk ibu2 menyusu

30 biji Vitalea/ Multivitamins
30 biji B Complex
30 biji Vitamin C
60 biji Alfalfa
*digalakkan add on 1 canister ESP

  • AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu
  • Alfalfa tidak sesuai bagi mereka yang menghidap SLE dan tidak digalakkan untuk mereka yang mengandung
  • Sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tidak seimbang
  • Mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk

 3. Euphoria SET C (Confinement/Berpantang) untuk ibu2 yang  berpantang atau mereka yang menjalani pembedahan

40 biji Vitalea/ Multivitamin
40 biji B Complex
40 biji Vitamin C
40 biji Zinc
  • Sesuai untuk mereka yang baru melahirkan, baik secara normal atau ceasarean.
  • Sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur
  • zinc bertindak membaiki luka dalaman, kuatkan rambut dan juga kuku.

4. Euphoria SET D (Skin Care) 
30 biji B Complex

30 biji Vitamin C
30 biji Vitamin E
  • sesuai untuk mereka yang sangat mementingkan penjagaan kulit dan inginkan kulit yang cantik berseri
  • sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kolestrol tinggi atau sakit jantung
  • sesuai juga untuk ibu2 yang mengalami masalah nipple melecet

5. Euphoria SET E (Set B + Ostematrix)
30 tabs of Vitalea/ Multivitamin
30 tabs of B Complex
30 tabs of Vitamin C
60 tabs of Alfalfa
120 tabs of Ostematrix @ Calcium

Set ini sama seperti Set B cuma ditambah dengan sebotol ostematrix (Cal/Mag). Siapa yang perlukan ostematrix ini...? 
  • Ibu yang sedang mengandung, ibu menyusu, dan mereka yang ada masalah nak minum susu
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur atau dengan kata lain liat nak bangun...
  • Mereka yang mengalami sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

6. Euphoria Set F (FEMININE) - untuk kesihatan dalaman wanita
30 tabs of Vitamin E
90 tabs of Alfalfa

  • Sesuai sekali untuk wanita yang mementingkan kesihatan luar dan dalam. Jangan nak cantik diluar je dalam jugak penting. Bila kedua2nya cantik barulah kita akan kelihatan anggun.
  • Vitamin E bertindak sebagai anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat baik pulih otot ; baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin.
  • Alfalfa pula baik baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa yang tidak saya nyatakan di sini..

7. Euphoria SET G (alergi..resdung..keputihan..eczema)

60 biji Vitamin C
30 biji B Complex
120 biji Alfalfa


8. Energizing Soy Protein

  •  Energizing Soy Protein adalah protein soya asli yang sangat berkualiti dan membekalkan sumber protein yang tinggi dan mudah diproses oleh badan. ESP tiada dalam bentuk trial pek, namun sangat berbaloi untuk dicuba dan amat disyorkan.
  • Cara Bancuh ESP : satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu mug air suam. air suam ni samada air suam kosong (plain water); ataupun air milo yang suam ; ataupun air ribena ; ataupun dengan jus oren (jus lain tak sure sedap ke tak? tak pernah try)... jgn bancuh dgn air panas yer!! (Saya sendiri lebih suka campur dalam air milo suam atau dalam air holiks je...)
  • 1 hari tak boleh lebih dari 3 sudu besar.
  • Siapa yang tidak boleh amik ESP? Individu yang mempunyai masalah diabetes tidak digalakkan mengambil ESP ini sebaliknya digalakkan mengambil Fiber Plan Unflavour

9. Ibu hamil 1st trimester
30 biji vitalea
30 biji B comp
30 biji vitaC
120 biji ostematrix

Ibu hamil 2nd & 3rd trimester
30 biji vitalea
30 biji B comp
30 biji vitaC
30 biji Omega guard
120 biji ostematrix

10. Smart brain for student
Lecitin, B-Complex, Omega

11. Vitamin untuk kanak2
MealShake..Vitalea Chewable,Vita C Chewable...Omega

Macam mana,  Anda berminat ???. Jika ya....


Sila email kepada zarani@uthm.edu.my atau aniraz77@gmail.com atau boleh SMS ke 012-7169780 untuk mendapatkan harga ekslusif dari saya.


[DISCLAIMER: SET INI HANYA BOLEH DIDAPATI DARIPADA SAYA DAN JARINGAN EUPHORIA SAHAJA..TAWARAN INI TIADA KAITAN DENGAN SYARIKAT DAN SHAKLEE TIDAK MENAWARKAN SEBARANG PROMOSI TRIAL PACK ..HARAP MAKLUM!!]


 

Isnin, Oktober 17, 2011

Saya Pengedar Shaklee

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak niat saya untuk mendaftar sebagai salah seorang pengedar SHAKLEE ni... Niatnya dah lama cuma baru aje dapat dilaksanakan tu pun dengan pertolongan dari Alin pemilik blog http://alinalan.blogspot.com/. Mudah2an segala niat dan cita-cita saya ini dipermudahkan dan semestinya bimbingan dari Alin amat saya perlukan.

Saya mula menggunakan porduk ini selepas dua bulan melahirkan anak ke-4 kami Nik Nurin Iffah dan Al-hamdulillah saya terus jatuh cinta dengannya. Dan sekarang ni en abang saya jugak telah menggunakannya. Al-maklumlah tugasnya sebagai seorang pekerja kepada UTHM, bapa kepada kepada 4 orang cahaya mata yang banyak karenahnya dan dengan tambahan tanggungjawab baru sekarang ni bergelar seorang student master di Universiti sendiri dimana tiada istilah cuti hujung minggu untukknya, jadi adalah perlu untuk saya galakkannya untuk mengambil produk ini. Dan al-hamdulillah bila tengok stok untuknya dah tinggal sikit siap tanya saya tak beli ke...?? jadi maknanya dia suka lah tu.... Anak-anak juga saya bekalkan dengan Vita C dan multivitamin yang sedap serta omega 3 untuk si Kakak Nadhirah.

Ini untuk anak-anak

Ini untuk saya dan en abang ( B Comp je ye tak ambil)

Jadi kawan-kawan bagaimana??. Jika  berminat untuk mencuba dengan shaklee ni jangan segan-segan hubungi saya  ye.. zaranai@uthm.edu.my atau aniraz77@gmail.com atau boleh sms atau telefon ke no hp saya 012-7169780.

Salam kasih,