Ya Allah, Kau telah kurniakan kami anak-anak dan zuriat dalam keadaan sebaik-baiknya. Kami memohon kepadaMu...., perelokkanlah akhlak mereka, permudahkanlah perjalanan hidup mereka, lindungilah mereka dari fitnah dunia, kurniakanlah mereka jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang mengerjakan sholat dan lembut hatinya serta ampunkanlah mereka. Sesungguhnya kami tidak mempunyai kekuatan melainkan Engkau yang mempunyai kekuatan. Amin...
Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah di Parit Raja, Batu Pahat, UTHM, Ayer Hitam dan Kluang. Saya juga boleh membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan POS Malaysia. ID saya 866374.

Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya...

Rabu, November 20, 2013

Diabetes ? Produk Shaklee Yang Sesuai

Secara Saintifiknya, diabetes adalah sejenis penyakit metabolic di mana tubuh tidak boleh menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul. Apabila tubuh (secara khususnya pancreas) tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan maka makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Fungsi sebenar insulin  adalah untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan sebagai bahan bakar. Bagaimanapun apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan ia juga akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Terdapat DUA JENIS DIABETES utama:
Jenis 1 – ‘Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Peningkatan kes setiap tahun di kalangan kanak-kanak adalah sebanyak tiga peratus.
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin atau gejala yang bersifat semulajadi.
Jenis 2 – ‘Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus’ (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan dianggarkan kira 90-95% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur, mengalami berat badan berlebihan atau yang mempunyai keturunan yang menghidap diabetes.
Mengenali Gejala Awal Diabetes
  • Kerap dahaga dan bertambahnya gasaan untuk membuang air kecil.
  • Sering berasa lapar.
  • Penyusutan berat badan.
  • Penglihatan mula menjadi kabur.
  • Rasa penat yang keterlaluan.
  • Mudah diserang jangkitan, demam dan selesema.
  • Kesan luka atau bengkak yang lambat sembuh.
  • Boleh diserang pelbagai penyakit kronik hingga berupaya menjadi koma (jika penyakit lewat dikesan dan tidak dirawat dengan suntikan insulin).
  • Ada juga di antara pesakit diabetes yang akan mengalami masalah kulit  seperti kegatalan.
Penyakit diabetes khususnya Jenis 1 sukar untuk didiagnosis, tetapi ia mudah terbina dalam tubuh dengan mengambil masa yang singkat. Bagi diabetes Jenis 2 pula,  ia mampu terbina dalam tubuh untuk tempoh lebih dari lima tahun tetapi gejalanya sangat sukar dikesan. Jika ada pun, pesakit berkenaan tidak langsung menjangka bahawa itu adalah petanda diabetes.
Renungkan….
  • Setiap 10 saat, seorang individu mati akibat penyakit diabetes atau penyakit berkaitan diabetes.
  • Kira-kira 3.8 juta kematian setahun disahkan berlaku akibat penyakit diabetes. Malangnya gejala dan kesedaran tentang penyakit ini masih lagi dipandang remeh.
  • Gejala diabetes kian hebat menyerang penduduk di negara membangun termasuk Malaysia.j Malah penyakit ini adalah punca utama kepada serangan sakit jantung, strok, hilang penglihatan atau menjadi buta, hilang upaya fizikal (akibat ada di antara anggota badan yang terpaksa dipotong) dan kegagalan buah pinggang.
sumber: majalah rapi

Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

B-Complex 
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
Vita-Lea
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
Sustaines Release Vita-C 500mg 
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
Zinc Complex
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


SET DIABETES SHAKLEE


Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes


Alfalfa Complex
Membantu stabilkan gula dalam darah
Carotomax
Menghalang penglihatan kabur
GLA Complex

Vivix
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan 
berat badan, anti-penuaan
Ostematrix (Kalsium & Magnesium)
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis




SET DIABETES SHAKLEE

‘Gula’ Cetus 60 Jenis Penyakit – Termasuklah Diabetes


Pada awal tahun 1970-an, gula didapati mempunyai hubung kait dengan kesihatan kardiovaskular. Kajian oleh Pakar Bedah, T.L. Cleave menunjukkan bukti yang meyakinkan peningkatan penyakit kardiovaskular , kencing manis / diabetes  dan penyakit-penyakit lain yang biasa dapat dikesan melalui pertambahan pengambilan gula dan juga karbohidrat bertapis (refined carbohydrate). Penyakit-penyakit ini sebenarnya hampir tidak wujud dalam budaya primitive, sehinggalah kira-kira dua puluh tahun selepas masyarakat mula mengambil karbohidrat bertapis.

Penyelidik British, Dr. John Yudkin juga memberikan kesimpulan yang sama. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Sweet and Dangerous’, beliau menamakan banyak contoh dalam pelbagai masyarakat yang menunjukkan bahawa gula adalah punca yang lebih besar kepada masalah penyakit jantung berbanding lemak. Beliau mengambil contoh Masai dan Samburu iaitu suku kaum di Afrika Timur yang hampir tidak mempunyai masalah penyakit jantung langsung walaupun mereka makan makanan yang tinggi lemak!
Pendedahan ini pastinya mengejutkan bukan. Bagaimana gula berupaya mencetus pelbagai penyakit yang tidak kita sedar ini? Ikuti penjelasan daripada Dr. Malinda Mohd Ali, Pakar Perunding di Future Wellness Sdn Bhd.
“Gula sebenarnya tergolong dalam karbohidrat di mana gula yang kita sering gunakan ialah sukrosa padat iaitu sejenis Kristal putih atau gula bertapis, bukan semula jadi yang telah diproses di mana semua nutrisi dan zat telah dibuang. Gula jenis ini tidak mengandungi sebarang zat dan khasiat di dalamnya.”
“Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang bagaimana gula ini berupaya menjadi faktor penyebab banyak penyakit, kita perlu ketahui terlebih dahulu jenis-jenis gula yang terdapat dalam makanan dan minuman kita.
1. Gula semula jadi
Gula semula jadi adalah gula yang tidak diproses dan mengandungi kalori yang rendah serta tinggi nutrient. Gula jenis ini tidak member impak besar kepada paras gula dalam darah. Gula semula jadi member kesan baik kepada kesihatan, dengan syarat ia tidak ditapis, diambil bersama makanan lain dan tidak berlebihan.
Gula semula jadi ini termasuklah fruktosa atau dikenali sebagai gula buah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, maltosa seperti malt barli dan sirap beras perang, glukosa yang boleh ditemui dalam buah, madu dan jagung, laktosa iaitu gula dalam susu dan juga madu yang tidak diproses dan ditapis.
Walaupun gula fruktosa lebih manis daripada gula biasa, namun ia tidak mendatangkan sebarang kesan kepada paras gula dalam darah melainkan jika ia diambil secara berlebihan.
 2. Gula terproses/ bukan semula jadi
Gula bertapis pula merupakan gula daripada sumber tumbuhan yang diproses sehingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Gula bertapis ini didapati digunakan secara meluas dan member kesan buruk kepada kesihatan. Antara jenis gula bertapis ini adalah sukrosa iaitu ‘gula pasir’ yang biasa kita gunakan, light molasses iaitu baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu, gula perang dan juga pepejal sirap jagung.
3. Gula buatan yang tidak berkhasiat
Antara gula buatan ini termasuklah Aspartame, Acesulfat K dan Sucralose. Selain itu, terdapat juga ‘gula alkohol’ seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi. Gula komersil iaitu gula terproses dan gula buatan menjadi antara faktor penyebab kepada masalah kesihatan. Dan awas! Gula ini tidak datang dalam bentuk ‘gula’, tapi tersembunyi dalam makanan dan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan-makanan dari kilang termasuklah bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.
Sel tubuh tidak perlukan gula
Tambah Dr. Malinda lagi, gula terproses atau gula pasir merupakan bahan yang tidak diperlukan oleh sel-sel tubuh kita langsung. Ini kerana, ia langsung tidak mempunyai sebarang zat protein, vitamin mahupun mineral yang mampu member manfaat kepada tubuh kita.
“Apabila kita mengambil gula, badan akan mengalami masalah untuk menghadamkan serta menyingkirkan ‘toksik’ tersebut. Hasilnya, ia akan berkumpul dalam badan lalu membentuk asid pyruvic yang boleh mengganggu saraf, sel-sel otak dan juga sel-sel darah merah. Ia juga menyebabkan pernafasan sel-sel terganggu lalu kekurangan oksigan dan memicu kepada kerosakan dan kematian sel.
“Gula yang berlebihan dalam badan akan ditukarkan kepada asid lemak menjadi sel-sel lemak di bahagian viseral (lemak di sekeliling organ) dan di bawah kulit. Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga menyebabkan ia menjadi tempat yang sangat sesuai untuk pembiakan bakteria, virus dan juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.
“Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula terproses ini kerana tubuh boleh menukar banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila memerlukan tenaga. Antaranya seperti nasi, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, ubi kentang dan lain-lain lagi. Sebaiknya, kita boleh menggantikan gula yang lebih sesuai seperti buah-buahan, gula perang dan stevia, pemanis berasaskan tumbuhan,” ujar Dr. Malinda.
Tip Kawalan Pengambilan Gula
  • Tukar pengambilan gula putih kepada gula perang.
  • Kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • Kurangkan makan makanan yang diproses. Kebanyakan makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Kurangkan jumlah penggunaan gula, susu pekat atau krimer yang ditambah ke dalam kopi.
  • Selalu minta untuk mengurangkan manis atau minta minuman tanpa gula semasa makan atau minum di luar.
  • Baca jumlah kandungan gula pada label makanan.
  • Campurkan separuh air minuman ringan biasa dengan separuh air minuman ringan kurang manis. Lakukan ini selama dua minggu. Selepas itu cuba kurangkan lagi rasa manisnya sehingga anda boleh menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan dengan buah-buahan yang segar.
FAKTA:
DIET kaya gula akan menyebabkan pankreas terpaksa bekerja keras. Ini lama kelamaan akan melemahkannya dan menyebabkan kita diserang diabetes. Lazimnya pesakit akan mengalami komplikasi kardiovaskular yang boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada timbunan gula atau lemak. Ketidakupayaan tubuh menggunakan kesemua lebih lemak atau kolesterol daripada gula menyebabkan ia perlu disimpan.
Jadi lemak akan di deposit dalam hati, jantung, arteri, tisu lemak, buah pinggang, otot dan lain-lain organ. Keadaan ini mendedahkan kita kepada atherosclerosis, hati dan buah pinggang berlemak, sesetengah kanser, obesity dan diabetes. Gula juga menghalang fungsi system imun dan meningkatkan risiko penyakit yang disebabkan system imun yang lemah seperti selesema, demam, AIDS, alahan dan jangkitan.
Sumber: iSIHAT

Mengapa Ramai Orang Suka ESP Shaklee??


soy protein

Saya suka... anda suka... pastinya Soya ESP Shaklee...
Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi -kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Read more http://vitaminsemulajadi.com/faedah-kebaikan-energizing-soy-protein-shaklee/


Rabu, November 13, 2013

Anggur Muscadine Dalam Shaklee


  1. Anggur muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.
  2. Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF!
  3. Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .
  4. Anggur muscadine tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana anggur muscadine boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.
  5.  Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , anggur muscadin mempunyai 20 pasang yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.
  6. Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan racun perosak !
  7. Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003 , anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIEs
  8. Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC)OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.
  9. Ia mempunyai kadar RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah. 
  10. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – antikanser dan antiradang.
Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-

  1. Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
  2. Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
  3. Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna



Sabtu, November 09, 2013

Testimoni Vivix Shaklee


Alhamdulillah bulan ni promosi vivix beli 6 percuma 1. Wow.. banyak tu jimat RM anda. Bukan itu saja boleh juga dapat keahlian percuma untuk seumur hidup dan boleh dapat bonus lagi untuk bulan berikutnya... Banyakkan....
Jadi di sini saya nak kongsikan testimoni pengguna-pengguna vivix shaklee...

Testimonial #1

Masalah : sakit lutut, solat sambil duduk atas kerusi, lutut tak boleh nak bengkok, kebas-kebas badan
Penyelesaian : amalkan VIVIX Shaklee sesudu sehari
Hasil : selepas 2w - sakit ada kurang tapi stil solat atas kerusi, selepas 1bulan setgh - dah boleh solat atas kerusi, kebas-kebas dah kurang, boleh main dgn cucu
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di blog Puan Ija Ramli di sini

Testimonial #2

Ini pula amalan kecantikan yang dipraktikkan oleh pelakon Ayu Raudhah

Testimonial #3

Masalah : menghidap diabetes sejak 14tahun yang lalu dengan bacaan 15.5
Penyelesaian : amalkan VIVIX Shaklee sejak 7bulan secara konsisten
Hasil : kadar gula dalam darah menurun kepada 4.8 dankini  bebas diabetis

"Kini saya dapat menikmati kehidupan saya dengan penuh gembira dan hebat, terima kasih VIVIX", ujar beliau.

Testimonial #4

Berikut pula adalah testimoni dari pengguna VIVIX di luar negara. Bagi mereka, VIVIX adalah satu revolusi kerana sebelum ini mereka memang mengamalkan pengambilan resveratrol melalui red wine, kerana mereka tahu akan kebaikannya, namun kandungan resveratrol di dalam VIVIX adalah 10 kali ganda berbanding 1 cawan red wine, dan jauh lebih murah dari red wine.


Testimonial #5

VIVIX juga bagus untuk perokok tegar. Ia membuatkan perokok terasa rokok itu sangat pahit seperti hempedu. Terus sahaja melupakan hajat untuk merokok dan akhirnya dapat berhenti merokok dengan sendirinya.

Daripada bakar duit dengan membeli rokok, kan bagus beli VIVIX. Kesihatan terjamin, duit pun selamat, hidup lebih bermakna dan bermanfaat.

 Berminat untuk dapatkan produk shaklee boleh hubungi sms/whatsapp di no 012-7169780 







Jumaat, September 27, 2013

COQ Health Plus - Kandungan dan Kebaikkannya

vit e dan teh hijau


Kandungan dalam CoQ Health Plus Shaklee
 
✔terdiri daripada : Coenzyme Q10 – 28mg,Vitamin E – 10mg dan ekstrak Green Tea.
✔ Merupakan supplement semulajadi, nutrient larut lemak yang terdapat di semua sel badan.
✔COQ10 terdapat di dalam mithochondria yang merupakan punca tenaga sel-sel badan.
✔COQ10 banyak didapati di dalam jantung.
✔Apabila umur meningkat tahap COQ10 dalam badan turut menurun.
✔28 mg COQ10 = 1 botol mentega kacang
✔28mg COQ10 / hari = 1.7kg ayam (ini tidak termasuk apabila ayam dimasak dan memusnahkan COQ10 dalam ayam berkenaan)
✔Ianya ibarat palam pencucuh / plax.


 
teh hijau dan vit e
 
 
Fungsi Kandungan Bahan dalam CoQ Health Plus
COQ10- Ianya membantu menguatkan otot kardiak
- Ianya memberi kapasiti yang bagus untuk mengepam dan membaiki perjalanan darah
- Meningkatkan kesihatan arteri
VITAMIN E- Mencegah pengoksidaan LDL kolestrol
EKSTRAK TEH HIJAU
- Mencegah darah beku dan mengelakkan kesihatan endothelium
- Membantu memperbaiki peredaran darah
 
 
kuatkan otot jantung
 
Kebaikan CoQ Health Plus
  •  menambahkan tenaga
  • mencantikkan kulit, agen antioksidan yg bagus
  • mengawal tahap kolesterol
  • penting utk kesihatan jantung - *pesakit jantung yg nak kena by pass,kajian menunjukkan pesakit jantung yg diberi mkn coQ10, lebih berjaya dlm pembedahan, lgpun coQ10 ni cardiologist yg menjumpainya, skrg ramai sakit jantung tak kira tua muda
  • CoQ10 Shaklee terbaik sbb diperbuat daripada yis, bukan tembakau
  • mengawal angina - sakit dada
sistem penyerapan
 
kebaikan coq10
 
kebaikan coq health



Apa Itu CoQHealth Plus Shaklee...

CoQ health plus shaklee 
Apakah itu Coenzim Q10 CoQ 10)?
 
Coenzim Q10 adalah bahan yang muncul secara semulajadi dalam semua sel tubuh kita. Fungsinya adalah untuk menjanakan tenaga bagi pertumbuhan dan pengekalan sel.
Kira-kita 95% tenaga yang dijanakan memerlukan bantuan CoQ10.
Hati dan buah pinggang adalah organ-organ yang mempunyai kepekatan CoQ10 yang tinggi disebabkan tenaga yang digunakan sangat tinggi.
 
Mengapakah berlakunya kekurangan CoQ10?
 
Faktor-faktor yang menyebabkan kekurangan CoQ10 adalah:
  • pemakanan yang tidak seimbang terutama semasa kesakitan
  • Penuaan – tahap CoQ10 dalam darah semakin berkurangan selepas usia 21 tahun.
  • Interaksi dengan ubat yang mengurangkan kolesterol seperti “statins”
  • atau gabungan2 antara faktor2 di atas
CoQ10 sebagai MAHKOTA JANTUNG
 
Ubat yang mengurangkan kolestrol seperti "statins’ menyekat ‘kolesterol merbahaya’. Malangnya penggunaan “statins” telah dilaporkan akan mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah. Penyelidikan yang telah dibuat selama 20 tahun telah membuktikan bahawa simptom-simptom penyakit jantung selepas pengambilan “statins” adalah disebabkan oleh kekurangan CoQ10. Oleh yang demikian pengambilan CoQ10 sebagai nutrien tambahan diperlukan bagi pesakit yang mengambil ubat “statins”.
 
 
dalam mitochondria
 
 
Apa BEZA Vitamin CoQ10 di pasaran dengan CoQ Health Plus Shaklee?
1. Antioksidan yg bagus yg terdapat dlm anggur merah
2. Tinggi bioavailability - ambik sikit, kesan berganda
3. Kandungan Vit E - baik untuk kulit & kesuburan
4. Halang pengoksidaan LDL Kolesterol sehingga 70-80%
5. CoQ10 - Shaklee satu2nya syarikat yang menawarkan CoQ10 + Resveratrol di pasaran thats why la CoQ10 shaklee ade perkataan HEALTH PLUS (kesihatan yang berganda2)
 


Maklum Balas Mereka Yang Telah Mencuba CoQ10 Shaklee

APA KATA PENGGUNA CoQ Health Plus Shaklee
 
Dnul Ainul Bukan sahaja tuk jantung,tuk kulit cantik,tenaga,migrain,kesuburan (khusus tuk lelaki), sebagai pelindung matahari..ni la yg paling bestnye CoQ Health Plus Shaklee..ade CoQ10,Vit E & green tea..terbaikkk!!
 
Zu Ka CoQ10 juga membantu membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda.CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri.
 
Shufarah Oon Sy bg ayah sy makan coq health plus masa shaklee mula2 launched product.nih..ayah sy ade penyakit denyutan jantung slow...kalo denyutan jantung normal 85 ke atas..tp ayah sy 60+ je...takat ni sy tgk ayah sy alhamdulillah..xde dgr dia mengah2 lg..kalo dulu..dia buat keje berat sikit..mesti nafas dia mengah2..pdhal dia punya berat maintain je dr muda sampai ke tua..
 
Eppi Aziz Father dia kene heart attack sebulan sebelum coq10 launch, takut berdebar2 sebab produk baru, doa tawakkal...alhamdulillah dah 3 bottle sejak launch...katanya dah kurang semput dan mengah..
 
Nor Ramli Saya.mkn coq10health sbb nk rasa sendiri..
  • Saya makan pas breakfast - increase metabolism rate. Rasa bertenaga sepanjang hari. So if hari tu sy blom mkn coq10 dan kena stay up sampai awal pagi..mmg saya mkn slps isya.
  • Jalan dari parking ke opis berpeluh.penuh perasaan.
  • Downside - sbb sy x bole geng dgn vita e. Bila makan jerawat menghuni wajah..so mkn coq10 health ni..jerawat naik...tp jerawat yg naik ni mcm.memahami..ia cuma tumbuh di kawasan yg tersorok.dgn tudung.

 
Nur Nitra Pengalaman saya:
CoQ health ni membantu beri tenaga. Beri tenaga macamana? Kalau dulu saya naik tangga, mau semputt susah nak bernafas. Tapi alhamdulillah sekarang dah takda rasa gitu. Coq memang besttt!
 
Shufarah Oon Haaa..lg 1 psl utk kecantikan tu sy sokong..sbb sblm ayah sy makan coq10 nih..kulit dia nmpk kusam..tp lps dia mkn coq..kalah kulit mat saleh...haha..pdhal umur dh dekat 70 thn..
Cksabihah Wmsafwan Sy ada sorg loyal customer sekarang dh jadi ahli...umur dh 50++...husband die ada parkinson dan jantung pkai bateri...xtau istilah sgt tp itu condition die laa...dulu dia amik vivix untuk husband die..dia ckp,nampak elok sket,tenaga dan pertuturan..bila shaklee launch CoQhealth ni,dia beli untuk husband die..amazingly dia bgtau,dah tak nampak bingung sgt..pergerakan lebih cepat dan nampak lebih sihat...alhamdulillah
 
Shufarah Oon sy nk share yg sememangnya sape2 yg ade hyperthyroid n Grave's disease mmg digalakkan sgt2 mengambil coq10 nih..terutamanya pesakit2 yg ade mkn ubat beta blockers@darah tinggi such as propanolol..atenolol..@yg mkn ubat kolestrol mcm lovastatin..provastatin..
 
Aiman Adam Sn'r kalau orang ada ambik ubat kolestrol,tak boleh ambik sekali ngan coq health,nanti menyebabkan coqhealth oxidation...kena jarak kan dalam 3 hingga 4 jam baru boleh ambik coq health
 
Aishah Hussin Coq10 used as one of the booster for neurotransmitter for parkinsons, alzheimer & william syndrome combine with the standard medication. For diabetic person, it will only regulate the glucose content during the day of the intake. Only vivix will regulate Hb1c content in the blood. Hb1c level only can be detected via blood test by lab, not by any glucose meter.
 
Herny Yusnizar  masa saya kerja kat icu setting ward dulu.. most of our critical patient memang specialist suggest coq10. supplemen "wajib"untuk org tua... n penyakit2.. supaya dapat kurangkan beban jantung. n also coq10 ni memang fuel untuk otot2 jantung...
 
Wan Na Wzamry Testi : Umo saya baru 32...saya cikgu, mengajar di sekolah yang bangunannya 3 tingkat....setiap hari, kerja yang paling saya tak tahan ialah kena jerit dalam kelas bila mengajar sebab suara tak berapa nak kuat dan kena naik tingkat 3,sehari dalam 2-3kali untuk ke kelas.....saya dah makan produk shaklee yang lain,saya rasa bertenaga...cuma saya notice jantung saya macam lemah sikit....saya jadi cepat penat,bila naik tangga tu lama nak hilang mengahnya.....bila saya cuba ambil coq10 ni, lepas 5 hari, saya rasa kesihatan lebih baik....saya boleh bertahan mengajar sampai habis waktu dan bila naik tangga ke tingkat 3 tu, mengahnya cepat hilang....untuk mereka yg selalu stress, lemah tak bermaya,memang patut ambil coq10 ni
 
Anisah Hussin  just nak share coz ramai yg tanya beza function coQ & omega for heart, perumpamaannya coQ macam enjin & omega macam minyak.. dua2 perlu nak gerakkan jantung yang sihat
 
Aishah Amin Tau tak wanita yang bakal menjalani rawatan IVF atau IUI di US diberikan supplement COQ10 seperti Shaklee CoQ health Plus untuk menghasilkan telur2 yang sihat dan banyak peluang untuk disenyawakan.
 
Maryam Vita Herbs Ok, klau kite ambik suplement tp kurang berkesan wlupun dh detox bdn, maybe jantung kite x cukup kuat untuk pump darah...untuk probs mcm nie, bgus ambil coq10 untuk servis jantung bg more power...coq10 nie makanan untuk jantung untuk bg lebih kuat & muda....hmm cm tue la yang saya faham...bile jantung sihat, blood circulation akan jadi baik, tambahan vit e tue, untuk memuda remajakn balik saluran darah dalam badan kite...bile jantung dah pump darah dengan baik, saluran darah pun muda remaja, so senangla nak antar segala zat nutrien kat dalam badan kite.




 

Jom Kenali CoQ10 Shaklee



CoQHealth Plus Shaklee

KEBAIKAN CoQ10

 
CoQ10 Health Shaklee mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang direka untuk ppenguraian dan serapan maksimum
 
Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
jantung kuat dapat memastikan darah dapat dipam dengan lancar ke suluruh pelusuk badan.
Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
LDL adalah kolestrol jahat. Jumlah LDL yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular. Kolestrol ini menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah dan jika saluran darah semakin sempit ini akan menyebabkan serangan jantung atau strok
 
 Meningkatkan peredaran darah
Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar. Hasilnya, semua organ di dalam tubuh kita mendapat oksigen mencukupi.
 Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Apabila jantung mempunyai tenaga mencukupi, darah dapat dipam ke seluruh badan dengan lancar
 
SELAIN CoQ10, CoQHealth Shaklee mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau yang menjadikannya mempunyai kelebihan berikut:-

[/] Mencantikkan kulit
[/] Meningkatkan kesuburan
[/] Menggalakkan tekanan darah normal
[/] Melawan keletihan
[/] Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
[/] Meningkatkan fungsi otak
[/] Membantu organ lain mengekalkan fungsi optimum
[/] Membantu dalam rawatan kanser
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 








Selasa, Ogos 27, 2013

Skin Care Product - NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?


  • Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda.. Rasanay sudah tiba untuk saya pun mencuba produk ini untuk penjagaan kulit luaran hehehe sungguh terujanya...




    ketahui kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:


    1)SKIN CARE NUTRIWHITE - lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Antara product2 Nutriwhite :

    - Gentle Deep Foaming Cleanser :
    • Membersihkan dan menyegarkan kulit
    • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
    • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
    • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
    • Lembut dan menyegarkan

    - Soothing Radiance Whitening Softner :
    • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
    • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
    • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
    • Marshmallow melembapkan
    • Ianya sangat berkesan

    - Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
    • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

    - Daily Defence Whitening Essence :
    Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
    • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
    • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
    • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
    • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
    • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
    • Lembut dan mudah diserap oleh kulit

    - Overnight Renewal Whitening Cream :
    • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
    • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
    • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
    • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
    • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

    - Gentle Action Makeup Remover :
    • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
    • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
    • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
    • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

    - Spot Whitening Treatment :
    • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
    • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
    • Cats Claw menegangkan kulit
    • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


     



    2) SKIN CARE ENFUSELLES - Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :

    (i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :



    1) Hydrating Cleansing Lotion :
    Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
    • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
    • Mencerahkan tona kulit
    • pH yang seimbang
    • Hipoalergenik

    2) Hydrating Toner :
    Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
    Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
    • Terbukti secara klinikal
    • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
    • pH yang seimbang
    • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
    • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

    3) Hydrating Moisturizer :
    Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
    Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

    Terbukti secara klinikal:
    • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
    • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
    • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
    • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
    • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
    • Hipoalergenik

    4) Eye Treatment :
    Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

    Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
     
    Terbukti secara klinikal:
    • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
    • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
    • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
    • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
    • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
    • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
    • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
    • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

    (ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

    1) Purifying Cleansing Gel :
    Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

    • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
    • Mencerahkan tona kulit
    • pH yang seimbang
    • Hipoalergenik

    2) Purifying Toner :
    Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

    Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

    • Terbukti secara klinikal
    • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
    • pH yang seimbang
    • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
    • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
    • Membantu mengawal kulit berminyak
    • Hipoalergenik

    3) Balancing Moisturizer :
    Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
    Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

    Terbukti secara klinikal:

    • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
    • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
    • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
    • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
    • Hipoalergenik

    4) Eye Treatment :
    Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
    Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

    Terbukti secara klinikal:

    • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
    • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
    • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
    • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
    • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
    • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
    • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
    • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


    sumber : Shaklee Malaysia @ SGL